Jaga PC anda sebelum sakit
by waidakmy on February 20, 2008
in Penyelenggaraan PC
Salam pembaca2 Wanita & Komputer
,
Lama saya tak tulis tentang penyelenggaraan PC kan? Baiklah, kali ni saya akan ceritakan rutin maintenance yang saya buat, 1 atau 2 bulan sekali. Tengok pada kelapangan saya lah, takpun bila dah terasa PC tu dah slow semacam je hehe

Flickr: JwlPhotography
1 – Bersihkan luar dalam
Sebelum on PC, vakum habuk2 di sekeliling PC (keyboard, mouse, CPU, termasuklah wayar2 kabel tu sekali). Monitor tu saya lap dengan tisu lembut. Kalau nak lagi bagus, boleh la beli cecair pencuci monitor. Tapi, jangan tanya apa yang bagus, sebab saya tak pernah guna hehe. Oh ya, casing CPU tu saya buka juga, vakum di dalamnya. Apa yang termampu saja lah, takut nak vakum lebih2, nanti benda lain pula yang tersedut ngeh3
2 – Update Antivirus
Dah on PC, pastikan program antivirus dan anti-spyware dah update. Kemudian putuskan sambungan Internet, mulakan proses scan virus dan spyware. Boleh rujuk di sini, program apa saya pakai untuk PC saya.
3 – Buang Temporary File, Baiki dan Susun Registry
Dah habis proses scan, saya akan run program XXX saya. (Tak boleh sebut, bahaya, sebab ni p***** hehe.) Program ni akan buang semua temporary fail, baiki registry dan susun kembali registry PC saya. Boleh cari di Download.com, program2 sebegini hehe, ada yang percuma, cuma setakat ni, saya tak jumpa yang best lagi la hehe
*update 8 May 2009 – saya dah beralih kepada program baru, iaitu CCleaner yang lebih senang digunakan dan free pula tu
4 – Scan Disk semua drive
Proses Scan Disk pulak untuk semua Drive. Untuk lebih info dan nak tahu bagaimana, boleh baca di sini.
5 – Defrag Hardisk
Dah habis buat Scan Disk, sambung pulak dengan proses Defragment. Ada juga saya sebut dengan lebih terperinci di sini. Saya buat langkah 4, sebelum langkah 5 ni, sebab saya rasa proses Defragment ni jadi lebih cepat, tak adalah asyik ulang semula je. Ni ikut pengalaman saya lah.
6 – ‘Spring Cleaning’ Komputer
Dah habis semua ni, saya kemas PC, buang mana2 program tak patut, masukkan fail di tempat yang sepatutnya. Kira tersusun sikit lah, senang nak cari kemudian nanti
Seingat saya, setakat itu saja lah. Nanti kalau ada, saya tambah lagi, hehe. Rutin ni memakan separuh hari juga. Jadi, selalunya saya on PC awal2 pagi, jadi akan habis awal lah hehe. Selepas makan tengah hari, dah boleh guna PC.
Kalau suka, praktikkan la ia sebagai rutin bulanan maintenance PC anda .. Cegah sebelum parah..cewah
Related posts:
- Teknik jaga hard disk dari rosak
- Tips 18 – jaga-jaga dengan virus cinta!
- Perisian Selenggara PC Menarik untuk Tatapan Anda!!
- Lajukan pc anda – buang fail dalam temp folder
- Tips 17 – 8 kekunci keyboard yang anda patut gunakan!!
- Pentingnya Safe Mode jika komputer bermasalah
- Persiapan Sebelum Format Komputer
- Tips 9 – install microsoft equation dalam word



Ini yang saye mau baca!
Kalo penyelenggaraan (chewah) laptop bagaimana pula?
waidakmy Reply:
February 21st, 2008 at 8:26 pm
hehe..:)
sama saja dengan laptop..cuma casing tak bole buka la hehe..vakum mana2 bahagian yang boleh saja..fokus banyak pada bahagian kipas..keyboard..monitor..
Betul gak tu. Komputer pun cam baby gak, kena belai dan jaga makan minumnyer! Huhuhu..
waidakmy Reply:
February 21st, 2008 at 8:27 pm
memang betul, apa2 benda kalau nak tahan lama..memang kena belai
salam,
waida,
kak ada soalan nak nanye ni,ntah tempat betul ke tak, kalo silap tempat sorri erkk…
naper kengkadang tu kita nak buka firefox tak boleh,mmg tak boleh langsung…
ni kak gna browser IE utk bacer blog waida…
dr tadi klik firefox tak dapek dapek…
naper leh jd cam tu?
ada tips or pc akak ni ngok ngek?
waidakmy Reply:
February 21st, 2008 at 8:32 pm
wassalam..
tak apa
cuma saya nak clarify balik dengan akak la..
tak boleh buka tu maksudnya bila klik tak terbuka2 program tu ke?
kalau dah klik banyak kali..program tak buka2..solution saya senang je..hehe..akak uninstall..dan install balik..mungkin ada rosak di mana2..kalau tak boleh juga..cuba download fail versi baru dari internet..
nanti kalau tak boleh juga..beritahu la..
salam waida,
akak dah cuba buat cam waida btau tu,
uninsttal dn install…
setakat ni nmpk ok lagi…
harap harap akan ok la selamanya.
mekasihh waida
pssstt…
p/s nk carik kat mane smiley yg waida taruk tuu???
heeehhee…soliiii…
waidakmy Reply:
March 1st, 2008 at 8:53 pm
wassalam
bagus la dah okay hehe
biasa la tu, kadang2 program memang suka bengong2 sikit hoho
smiley? hehe
kene install plugin..saya tak pakai editor wordpress yang asas tu..smiley tu dtg sekali dgn editor ni..kalau akak pakai wordpress, cuba cari kat fckeditor plugin…
“Dah on PC, pastikan program antivirus dan anti-spyware dah update. Kemudian putuskan sambungan Internet, mulakan proses scan virus dan spyware. Boleh rujuk di sini, program apa saya pakai untuk PC saya.”
KENAPA PERLU PUTUSKAN SAMBUNGAN INTERNET SEMASA SCAN VIRUS DAN SPYWARE? KALAU TAK PUTUSKAN APA MASALAH YANG AKAN TIMBUL SEBAB BARU NI SAYA JUMPA KENYATAAN SEPERTI INI. PC SAYA DALAM LAN, MALAS NAK CABUT RJ45 TU….
waidakmy Reply:
May 9th, 2008 at 5:31 pm
Kebanyakan yang saya tulis ini, semuanya cara yang saya selalu buat. Terpulang sebenarnya untuk ikut atau tidak. Masing2 ada preferences masing2
Saya suka untuk putuskan sambungan internet. Sebabnya, saya mahu isolate komputer saya dari network dan internet.
Jika pc ada virus, tak ada lah dia buat hubungan dengan internet, dan menyukarkan kita untuk buang. Itu saja sebenarnya
Saya dah terbiasa dengan cara ini, jadi memang praktikkan tiap2 kali.
dri pengalaman saya, virus scanning perlu dilakukan seminggu sekali, scandisk dan defrag sebulan sekali…
ini bg mnjaga performance dan condition pc…sebulan sekali juga cuci sgala kotoran kat pc…
sya ada kawan yg ada prob pakai pc, anta kedai, rupanya habok bnyk sgt ja…
lepas org kedai tu sapu habok,tros leh pakai pc…hhhhuhuhu…sy sndiri pon x terpikir pasal habok masa cek pc dia…wat malu ja…hohohoh…
@saramsak: biasa la itu
terlepas perkara2 kecil hehe