Kenal Error Message Ketika Skrin Biru

by on March 1, 2010
in Penyelenggaraan PC

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Biasa mendengar istilah ‘Blue Screen of Death‘?

Perkataan ringkasnya B-S-O-D. Kalau orang kita, suka sekali menyebutnya sebagai,

“Komputer saya keluar skrin biru!!”

Blue Screen of Death(Kredit gambar: ACA System Restore)

Skrin biru lambang kematian ini, agak digeruni sesetengah orang. Ia petanda sesuatu yang agak ‘kronik’ telah berlaku kepada komputer kita.

Terima mesej ‘kematian’, apa perlu kita buat?

Pertama, jangan panik! (^_^) (Tarik nafas kemudian lepas)

Kedua, jangan tutup komputer.

Ketiga, cari maklumat error daripada skrin biru itu.

Update (2/3/2010): Tidak sempat lihat BSOD, komputer terus restart? Boleh cuba teori saya, iaitu tekan butang ‘Pause’ pada keyboard.

Update (7/3/2010): Mematikan automatic restart untuk BSOD

?http://www.watchingthenet.com/disable-automatic-restarts-with-blue-screen-of-death.html

“Tetapi, saya tidak faham Waida. Semuanya bahasa komputer sahaja.”

Maklumat error itu memang seperti bahasa komputer atau programming. Tidak perlu bersusah payah memahaminya. Abaikan maklumat lain. Perhatikan maklumat di dalam kotak kuning pada 3 contoh di bawah.

Contoh Maklumat Error ketika BSOD

Blue Screen of Death 1

Kredit Gambar 1 : Technabob.com

Blue Screen of Death 2

Kredit Gambar 2: ACA System Restore

Blue Screen of Death 3

Kredit Gambar 3: Lifehacker

Apa Kita Buat Dengan Error?

*Sedikit pembongkaran rahsia daripada saya

Sebenarnya, saya juga tidak faham sesetengah error itu. Tetapi, prinsip saya, apa yang kita tidak faham itu boleh dicari. Maka, apa yang saya amalkan, salin atau hafal juga walaupun tidak faham langsung. Kemudian, cari maksudnya di Internet.

Contoh Error:

IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL

Penyelesaian:

Copy ayat di atas, kemudian paste di Google. Mulakan pencarian. Cari masalah yang hampir serupa dengan kita. Kemudian baca penyelesaiannya. Ambil penyelesaian yang paling mudah kita faham. Itu sahaja! (^_^)

Contoh Cari Error Di Google

Jumpa lagi!

-WK-

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Tips 2 – kenal pasti error mesej dengan mendalam
  2. Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop
  3. Tambah emel domain di Gmail
  4. Teknik jaga hard disk dari rosak
  5. Asas Website Siri 2
  6. Tips 9 – install microsoft equation dalam word
  7. Skrin komputer tidak menyala
  8. Mencari bluetooth dalam laptop

Comments

14 Responses to “Kenal Error Message Ketika Skrin Biru”
  1. TMUkmkd says:

    jarang nampak waida update sekarang.
    yup tak dinafikan bahawa tak ramai orang tahu apa yang patut dibuat bila keluar mesej ralat tu

    tapikan waida macam mana nak buat supaya mesej tu tak hilang?
    tak sempat baca dah hilang. komputer restart sendiri

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, hehe. Terkena batang hidung sekali. Saya akui itu.

    Hmm, saya pun hairan juga. Tidak pernah komputer saya restart (ketika skrin biru), melainkan saya tekan sesuatu di keyboard.

    Sudah cuba tekan butang Pause? Sekadar teori, tetapi boleh cuba!

    TMUkmkd Reply:

    @waidakmy, hehe saja tanya :p K guna linux now.. setakat ni tak keluar lagi kernal panic :)

    owh pasal soalan tu: ni mungkin leh membantu
    http://www.watchingthenet.com/disable-automatic-restarts-with-blue-screen-of-death.html

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, terima kasih :) Nanti saya update dalam artikel (^_^)b

  2. salam…ziarah..apa punca jadi belu skreen erk…

    nak download mai la page alif

    waidakmy Reply:

    @Alif, wassalam.

    Macam-macam punca skrin biru. Antaranya ada masalah dengan driver.

  3. pr67am says:

    yeah..x sempat bacapun BSOD dh padam..uninstall je program yg bermasalah dr safe mode..senang cite!

    **

    waidakmy Reply:

    @pr67am, adakalanya, safe mode pun tidak boleh masuk. Tapi, cara yang disebutkan memang mudah, andai tahu apa yang menjadi puncanya :)

  4. Zaidey aka Didi says:

    Salaam.

    Waida… kalo dah BSOD nak copy and paste mendenye kan google? Kan computer dah kong tu? ;-)

    waidakmy Reply:

    Salam Zaidey,

    Kan boleh tumpang komputer orang lain atau di CC :)

  5. eliasak b saad says:

    download toolbar yang offer free cursoe tu selamat ke

    waidakmy Reply:

    @eliasak b saad, Download toolbar yang bagaimana tu? Boleh ulas dengan lanjut Tuan?

  6. kelly says:

    salam waida..
    macam mana pula kalau error tak dapat dibaca ye?
    sebab tulisan nya yang tidak berapa jelas..

    waidakmy Reply:

    @kelly, semua error log disimpan di dalam komputer. Boleh buka Control Panel > Event Viewer > System. Boleh lihat tarikh bila terjadi. Jika tiada dalam Sytem, cuba lihat pada Application.