Lajukan pc anda – buang fail dalam temp folder
by waidakmy on January 19, 2008
in Penyelenggaraan PC
Salam mesra buat pembaca2 Wanita & Komputer
,
Buat apa cuti hujung minggu ni? Ada apa2 plan yang menarik? Ke berehat2 di rumah saja? Ye lah, dah penat bekerja untuk 5 hari kan
? Saya pula, kalau hari sabtu dan ahad ni, sibuk juga la, ada saja benda nak buat untuk blog kesayangan hehe 
Dah lama saya tak sentuh topik tentang selenggara komputer. Tips yang saya dah pernah kongsi, defrag komputer dan scan disk hard disk.
Jadi, kali ni saya sentuh sikit pasal topik ni. Mudah saja teknik kali ni, tapi ramai yang tahu, dan kalau tahu pun, jarang2 buat. Boleh juga guna teknik ni untuk lajukan komputer. Lagi bagus kesannya jika anda buat teknik ni secara konsisten.
Buang fail dalam temp folder
Cara2 nak buka Temp folder (untuk pengguna Windows XP)
1. Right klik butang "Start".
2. Pilih dan klik "Explore".
3. Satu menu akan keluar di skrin. Di sebelah kanan pilih dan klik C:\ drive.

4. Klik satu folder "Temp" di dalam C:\ drive.
5. Buang semua fail di dalam folder itu. (Mungkin anda sesetengah fail yang tak dapat dibuang, kalau berlaku, biarkan saja faill tersebut)
6. Klik pula fail Windows juga di dalam C:\ drive, (Sila berhati2 di sini kerana fail Windows adalah fail yang TERAMAT penting, sila ikut arahan dengan berhati2).
7. Cari satu fail "Temp" di dalam folder Windows.
8. Ulang langkah 5. Jika situasi yang sama berlaku, abaikan saja fail yang tak boleh dibuang itu.
NOTA – tidak perlu anda buang fail2 di dalam Temp folder ini selalu, saya syorkan hanya 2 bulan sekali.
Untuk pengetahuan anda, mana2 fail yang tak boleh dibuang tu, kemungkinan besar, komputer anda sedang menggunakan fail itu. Fail2 yang wujud dalam Temp folder, terhasil bila anda membuka dan menutup mana2 fail dalam mana2 aplikasi contohnya Microsoft Word.
PS: Dalam artikel akan datang, saya akan ajar tips bagaimana anda boleh gunakan fail dalam Temp folder untuk kebaikan anda
Related posts:
- Cara buang temporary file dengan ccleaner (video)
- Tips 28 – Ceriakan folder anda dengan gambar baru :)
- Tips 33 – Sembunyikan fail rahsia anda!!
- Lindungi folder dengan password
- Tips 12 – dapatkan fail anda selepas Word hang
- Tutorial: Pindah My Doc Ke Drive Lain
- Akses fail anda dengan cepat
- Tips 9 – install microsoft equation dalam word




Ehm, biasanya aku pakai ace utilities untuk buang semua history dan file2 yg tak berkaitan.
File2 temp memang hilang semua. Ringan je PC aku. LAgi2 baru lepas format. Huhu..
Balas Komen Ini
titan,
)
memang senang lagi kalau pakai program. saya pakai ASO. (ace utilities tu free ke?
saja share tips ni untuk benefit semua
ps: memang slalu format pc ke? hoho, selalunya saya format pc kalau dah kronik sangat je.malas nak re-install program dan buat backup hoho
Balas Komen Ini
cemano eh nak wat keje2 formating ni? xpenah buat =) lagi2 utk laptop…
then sharing jugak le cemano nak setting startup list, nak buang all those unrelated startup programs… lembab siot pc di buat nye.
alangkah indah dunia kalo sy tau cemano nk hack =) ngeh ngeh ngeh
Balas Komen Ini
shawn,
nak format laptop? haih, laptop rosak ke? ada reason je selalu orang format pc ni.
sebenarnya senang je format ni, tak payah bayar rm30 untuk orang buat hoho. cuma ambil masa untuk buat backup dan re-install balik semua software
nak kurangkan program masa startup tu? simple tips for u – dalam start menu, ada satu folder nama “startup” delete unwanted program shortcut kat situ. dia tak jalan la nanti.
PS: ada cara lain juga, yang memang pasti tak akan start the program. tapi nanti la share dalam post. tak muat nak tulis kat sini hoho
Balas Komen Ini
waida….
akak belum clear kan lagi temp file….
lak tu nak log in ke blog tak dpt…ada masaalah teknikal….
sedey..sedey…
Balas Komen Ini
akak zawiah,
tak dapat nak clearkan ke belum buat lagi? kalau tak dapat nak clearkan semuanya pun takpe..yang penting jangan la sampai ada beratus-ratus fail temp dlm tu heh
kenapa tak bole? apa yang rosak tu? bila buka blog akak, ok je saya tengok..
Balas Komen Ini
waida….
tips yg waida tulis kat ssini amat memudahkan akak nk paham…thanx a lot….gud job
tips untuk lajukan pc tu amat baik sekali, dn juga cara cara utk disable kan start up menu tuu….
skrng pc ni tak membebankan ….
dah dpt jln laju….
tocheee….tocheeee…
gud job
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
February 9th, 2008 at 3:26 pm
bagus la kalau berguna untuk akak hehe..
saya risau jugak kalau tips ni tak menjadi..sebab pc slow ni ada macam2 punca hehe..bukan setakat temp file ni je..
Balas Komen Ini
ttg blog akak tuu…
themes yg di gunakan baru nii ada error…
ni dah edit themes yg lain…
tak tau laa….
harap harap elok laa jadinya…
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
February 9th, 2008 at 3:25 pm
betul step yang akak buat tu..
kalau theme error..tukar saja hehe..senang cerita heheh..biar pada expert saja untuk settlekan hehe..saya pun bab2 coding ni malas sikit..hoho
Balas Komen Ini
assalammualaikum….
kat mana sound scheme yg ader kat dalam pc..??
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
February 9th, 2008 at 3:32 pm
waalaikumussalam amzar,
sound scheme?
cuba klik kanan logo volume tu..lepas tu klik “adjust audio properties” dan pilih tab “sound”
harap membantu
Balas Komen Ini
SAYA GUNAKAN TUNE UP UTILITIES 2008 UNTUK KERJA-KERJA MEMBUANG TEMP DAN MAINTAIN PC, SENANG, MUDAH DAN CEPAT TERMASUK NAK DEFRAG. SATU LAGI ADA KAWAN BAGITAU BUANGKAN SEMUA ISI DALAM FOLDER C:\WINDOWS\Prefetch KALAU NAK LAJUKAN PC.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 9th, 2008 at 5:23 pm
terima kasih sbb berkongsi
. ini freeware ke shareware?
Cara buang isi dalam folder C:\Windows\Prefetch ardzham dah cuba ke? Berkesan?
Ini saya tak pernah dengar. Selalunya, dalam folder windows saya tak berani nak ubah apa2 melainkan saya tahu betul2 apa yang saya buat
Dah cuba atas banyak komputer?
Balas Komen Ini
Kesan Prefetch dalam XP
Windows XP mengandungi satu direktori yang dipanggil Prefetch bagi menyimpan fail-fail dan aplikasi yang sering dicapai. Dengan prefetching atau dalam bahasa mudahnya “mengambil semula”, Windows XP boleh membaca terus data-data di dalam direktori simpanan (cache) ini. Dengan ini anda akan mendapati prefetching boleh membantu meningkatkan kelajuan capaian fail dalam sistem.
Walaubagaimanapun, sesetengah fail-fail di dalam direktori Prefetch jarang digunakan. Kesannya anda akan mengalami kelembapan semasa komputer dihidupkan (boot).
Untuk mengatasi isu ini:
1) Klik Start -> Run
2) Taip Prefetch dan tekan Enter (Satu tetingkap Prefetch akan muncul dari Windows\Prefetch)
3) Buang (delete) semua fail yang terdapat dalam folder tersebut.
Saya dapat tips ni entah dari mana pun saya tak ingat sebab lupa nak copy url masa tu. Sebelum dapat tips ni pun saya dah memang selalu buat sebab seorang juruteknik komputer yang memberitahu saya tentangnya.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
July 6th, 2008 at 4:31 pm
hmm..yang saya dapat dari artikel ini pula, jangan selalu sangat kosongkan prefetch folder. Windows akan clearkan sendiri selepas capai had tertentu.
Baca dengan lebih lanjut di artikel ini..
http://www.edbott.com/weblog/archives/000743.html
Balas Komen Ini