Teknik lajukan PC yang slow
by waidakmy on November 29, 2007
in Penyelenggaraan PC
Sekali sekala bosan juga kalau asyik bercerita pasal hal2 teknikal. Kali ini, biarlah saya bercerita apa yang saya buat weekend hari tu
Buat maintenance PC anda
PC di rumah saya tu dah mula slow. Hmm, padanlah dah sampai masa untuk maintenance pun. Tips dari saya, selalu2 lah buat maintenance PC, kalau mahu PC tu tip top selalu. Banyak teknik maintenance PC ini, tapi kali ini saya sentuh salah satunya saja. Yang penting anda buat.
Defragment (Defrag) Hard disk
1. Klik Start >> Program >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter

2. Klik C: drive
3. Tekan butang “Defragment”
NOTA – Butang “Analyze” akan beritahu samada drive anda perlu di”defragment” atau tidak. Boleh juga digunakan terlebih dahulu sebelum butang “Defragment”
AWAS, pastikan “% Free Space” anda lebih dari 15% sebelum mula defrag. Jika tidak, anda tak boleh buat pun langkah2 di atas. Nanti buang masa anda saja hehe
Oleh itu, buang lah benda2 tak perlu dalam PC terlebih dahulu ya
Tips – Untuk hasil yang optimum, lakukan sekurang2nya sebulan sekali (macam iklan syampu pulak
). Kalau anda malas (macam saya
) cubalah untuk dapat 2 bulan sekali. Kalau rajin pula, buat la seminggu sekali hehe
PS: Teknik ini penting sangat kalau anda selalu gunakan torrent client macam utorrent, bittorent, azureus dll. Ada khabar2 angin jika jarang defrag boleh rosakkan komputer. Walaupun khabar2 angin, agak logik alasannya. Apa2 pun rajin2kan lah diri anda
Related posts:
- Teknik jaga hard disk dari rosak
- Jaga PC anda sebelum sakit
- Lajukan pc anda – buang fail dalam temp folder
- Tips 7 – Scroll document cara mudah, tak sakitkan tangan
- Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail
- Tips 4 – gunakan google untuk check makna perkataan
- Tips 31 – kepentingan buat partition harddisk
- Perisian Selenggara PC Menarik untuk Tatapan Anda!!



Comments
2 Responses to “Teknik lajukan PC yang slow”