Makna Freeware dan Open Source
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Kata mentor, “Ini zaman ‘free economy’. Siapa mampu beri percuma dia akan menang.”
Tambah mentor lagi, “Sebab itu Google boleh mendominasi.”
Itu di dalam dunia bisnes.
Dalam dunia komputer juga, trend sekarang memberi perisian dengan percuma. Perisian percuma itu dibahagi dua.
1. Freeware
Apa itu Freeware?
Mengikut Wikipedia,
Perisian yang diberi percuma untuk digunakan. Atau, diberi pilihan membayar jika mahu.
2. Open Source
Apa itu Open Source?
Seperti Freeware, Open Source (sumber terbuka) juga percuma. Tetapi, ada satu ciri ekstra daripada Freeware. Iaitu, sesiapa boleh mengubahsuai kod asal.
Nota: Kod asal atau source code adalah bahasa ‘komputer’ yang membentuk perisian atau program itu.
Bermakna, kita semua bebas mengubahsuainya jika mahu. Asalkan tahu bahasa programming yang digunakan. Juga bermakna, tiada syarikat memiliki hak ke atasnya. Ia adalah milik komuniti.
Apa lagi kelas perisian yang ada?
Mari kita lihat kelas – kelas perisian lain yang ada.
3. Shareware
Apa itu Shareware?
a) Perisian yang diberi percuma sampai bila-bila. Tetapi fungsinya terhad. Untuk mendapatkan kesemua fungsi perisian, ia harus dibeli.
b) Perisian yang diberi percuma. Fungsi lengkap tetapi dalam tempoh yang terhad. Contoh, selepas 30 hari atau 60 hari, perisian itu tidak boleh digunakan lagi.
Asalnya, perisian ini berbayar. Tetapi, jika kesemuanya berbayar, tiada yang mahu guna. Oleh itu, syarikat perisian mewujudkan versi shareware. Tujuannya supaya kita boleh cuba perisian itu. Kita suka, kita bayar
4. Payware
Apa itu Payware?
Perisian yang kita perlu bayar untuk menggunakannya. As simple as that. Ini biasa kita temui.
Nota: Perkataan Payware ini juga baru saya ketahui waktu saya menulisnya!
Semoga bermanfaat! (Jika suka, sebar-sebarkan sahaja maklumat di sini)
Dan, jumpa lagi!
-WK-
Related posts:




waida pun dah mula berbicara tentang freeware dan opensource
aku paling tak suka yang jenis menipu. selalunya jenis payware atau crapware
lagi2 tentang antivirus tipu
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 3rd, 2010 at 9:12 pm
@TMUkmkd, saya suka untuk berkongsi dengan orang Malaysia tentang perkara percuma
Balas Komen Ini
Salam penulis. Good blogging eh..
keep up the good work. we share something in common.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 3rd, 2010 at 9:13 pm
@xSwitcheRx, terima kasih! Semoga Tuan juga berjaya dalam dunia blogging Tuan!
Balas Komen Ini
Byk yang berakhir ngan ware ni.. ada yg bahaya ada yg x bahaya spyware tupperware ..or underware hehe .. penting kita kena beware allways
Balas Komen Ini