Kerap online? Letaklah password di pc anda

by on April 17, 2008
in Sekuriti

Salam mesra semua ,

Saya kira semua orang tahu apa password atau kata laluan itu bukan? Password atau kata laluan akan dipasang untuk lebih sekuriti, supaya hanya orang tertentu dibenarkan akses. Contohnya, untuk login email, login akaun Friendster dan lain2 lagi. Pastikan anda meletak password yang betul2 bagus, iaitu ada ciri2 di bawah ini

1 – Panjang 5 – 8 perkataan. Panjang boleh juga, tapi yang penting anda boleh ingat

2 – Kombinasi huruf dan nombor

3 – Masukkan special character seperti @, #, %, ^ (bergantung kepada syarat)

    Lebih kurang sebegini lah, ciri2 password yang bagus. Jangan lah pula letak nombor atau perkataan yang berkait rapat sangat dengan kita, contohnya tarikh harijadi. Jika saya kenal anda, sudah semestinya saya tahu bila harijadi anda, bukan? Senang lah saya cuba2 untuk teka password anda (Contoh saja ni, janganlah pula ingat betul2 ya hehe)

    Dah cerita tentang ciri2 password, saya mahu ingatkan anda semua, pasanglah password untuk pc anda. Sekurang2nya, anda sudah membuat lapisan sekuriti pertama dari anasir2 luar. Tahu tak, senang aja untuk orang luar akses ke komputer anda, lebih2 lagi jika anda kerap online? Lebih teruk lagi jika anda hidupkan fungsi “Remote Assistance” pada pc.

    Rujuk cara2 di bawah untuk pasang password atau matikan fungsi “Remote Assistance”

    Buat Password Di PC

    1 – Klik butang “Start” dan pilih butang “Settings”, kemudian diikuti butang “Control Panel”

    2 – Klik 2 kali ikon “User Accounts”

    3 – Jika anda tiada akaun lagi, buka satu akaun baru khas untuk anda dengan “Create a new account”.

    4 – Letak nama untuk akaun anda, dan pilih “Computer Administrator” kerana komputer itu anda yang punya . Satu akaun akan dibuka untuk anda dengan nama yang telah dipilih.

    5 – JIka anda sudah ada akaun, pilih “Create a password”. Taip password yang anda mahu di ruang yang disediakan. Isikan juga hint (sebagai peringatan sekiranya anda terlupa password).

    6 – Klik butang “Create a password”

    7 – Selesai..

      Matikan fungsi Remote Assistance

      1 – Klik kanan ikon “My Computer”

      2 – Satu menu akan terpapar, dan pilih tab “Remote”

      3 – Buang tanda tick (/) pada kotak “Allow Remote Assistance invitations to be sent from this computer”

      4 – Klik butang “Ok”.

      5 – Selesai…

        Mudah bukan? Ingat…Beringat sebelum terkena :)

        Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

        Related posts:

        1. Tak perlu risau dijangkiti virus
        2. Tambah emel domain di Gmail
        3. Tips 32 – Clear cache dan browsing history
        4. 4 Perkara Perlu Ada Untuk Shopping Online
        5. Tips 9 – install microsoft equation dalam word
        6. Tips 14 – buat restore point dalam pc anda
        7. Tips 3 – bolehkah PC anda dikategorikan selamat?
        8. Tips 28 – Ceriakan folder anda dengan gambar baru :)

        Comments

        17 Responses to “Kerap online? Letaklah password di pc anda”
        1. ShawnSharif says:

          While we’re at it (the security issue I mean) no way ka kite nak tukar2 IP address to make it less easier to track us down? Should be an interesting piece of info to share with the readers ;)

          I still wish I know how to hack~~

          waidakmy Reply:

          ni kalau tak silap la

          set modem/router kepada dynamic, jadi IP address akan berubah2, bukan statik

          siapa yang nak track us? macam buat salah je? :P jangan mara..gurau aja..

          tak pernah buat setting untuk modem, jadi tak berapa sure sangat hehe..

          ps: jarang2 orang akan share ilmu hack dia, kena belajar sendiri ;)

        2. paan says:

          Satu lagi tips utk password yang baik adalah gunakan “nemonic”.. maksudnyer gantikan huruf dengan nombor utk perkattan… contohnyer nak bubuh nama anak anda “sabrina” sabagai password.. guna la “s@br1na” sebagai password.. susah diteka dan program meneka password pun susah nak crack password tu sbb dia ada symbol dan nombor…

          satu lagi adalah teknik “phonetic” dimana anda gantikan sukukata bunyi dengan perkataan lain yang sama bunyinya.. contohnya.. “freespace” digantikan dengan “frispace”.. bunyinyer sama.. senang diigt.. tapi sukar diteka oleh program dan juga manusia..

          sebaik-baiknyer gabungkan kedua2 teknik.. contohnyer “freespace” tadi tu.. jadikan “frispace” dgn gunakan teknik phonetic dan dari perkataan itu.. tukarkan kepada “fr1sp@c3″ fgn gunankan teknik phonetic.. itu dia.. password yang kuat utk digunakan..

          waidakmy Reply:

          terima kasih..

          betul teknik yang disebut paan ni.

          kalau kita ada buka akaun bank online contohnya cimb, mereka wajibkan kita guna teknik nemonic supaya susah dihack oleh orang.

          apa2 pun, jangan lah sesekali share password dengan orang :)

          kalau nak tulis di mana2 pun, pastikan cara tulis tu boleh mengaburi mata orang lain..dan nampak normal saja..

        3. ShawnSharif says:

          hehe…

          “apa2 pun, jangan lah sesekali share password dengan orang :)

          ini termasuklah cik abang/cik adik tersayang anda2 sekalian ye!

          tak paham napesal in the name of sharing, mende2 camni pun nak share with diorg? apesal x share dgn mak bapak tapinye? mane la tau disebalik sayang2 itu ade perangai Kira of Death Note, just to get his own version of justice dia sanggup korbankan awek dia yg innocent :|

          waidakmy Reply:

          :)
          kalau dah tershare masih belum terlambat lagi..cepat2 tukar password baru..

        4. zawiah says:

          hurrmmmm…….
          bagus teknik paan tu….
          buleh digunakan….password dgn huruf nemonic..
          cthnya “z@wI@H”….
          bagus utk password internet banking…

          waidakmy Reply:

          akak,
          untuk guna sebagai password, elakkan guna nama kita lagi2 untuk internet banking..senang orang nak teka..

          perkataan yang boleh kita guna, cari saja di sekeliling kita :)

        5. zawiah says:

          ooowhhh ye ke….
          heheee…okkk….
          tima kasih atas peringatan….

          waidakmy Reply:

          sama2 :)

        6. kz says:

          Heh, ilmu yg bagus tuk org yg selalu xde idea nak letak password ape.. (aku la tu.. kuang2) akan ku praktikkan mlm ni gak :D tp kak, pasal remote tuh.. asal aku clik kanan kat my comp, xkuar pun “remote”?

          waidakmy Reply:

          oppss..tertinggal satu step..sebenarnya klik pada “properties” kemudian baru cari tab “remote”
          hehe :P

        7. asiahh says:

          thanks waida…
          huhu…lama gel xdpt email dr blog ko ni.
          hmpir terlupa aku…
          well, aku br je pasan yg kom aku ni on remote assistant…
          seb baik ko pesan…dh matikn dh…
          tengkiu2

        8. waidakmy says:

          @asiahh: sama2 :) jumpa kat johor 7/2 nanti insya allah :)

        9. zawiah says:

          salam waida…

          bila akak klik kat my computer tu..
          naper tak jumpa “remote” ..
          ke akak yg blurrr…….

        10. zawiah says:

          waida….
          dah ok..dah jumpa…

          kena klik “properties” dulu…
          baru keluar icon “remote”…

          tq waida…
          bnyk membantu ….

        11. WaidaKmy says:

          zawiah: opps. sori kak. saya terlupa la tu nak letak..hehe..memang kena klik ‘properties’ dulu :P