Siapa WaidaKmy?
Apa WaidaKmy.com?
Koleksi tulisan pengalaman baru dan lama pemiliknya (WaidaKmy) tentang komputer. Juga merangkap laman web peribadi WaidaKmy. Ditubuhkan pada November, 2007.
Siapa Pemilik WaidaKmy.com?
WaidaKmy, seorang yang bercita-cita ingin melihat buku tulisannya laku keras suatu masa nanti (*kini, sibuk menulis & menterjemah buku, juga menguruskan kedai buku).
Kenapa Wanita & Komputer?
1. Sebab saya wanita (bila “Wanita menulis tentang Komputer” bukan?
)
2. Komputer adalah antara benda kesukaan saya
3. Baca sebab-sebab saya lain di sini
Apa Yang Ada di Wanita & Komputer?
“Komputer itu Mudah”
Tips- tips komputer mudah yang sesuai untuk semua orang terutamanya wanita. Apa yang mudah bagi sesetengah orang, sukar bagi orang lain. Lagipun, saya percaya ilmu asas komputer wajib dikuasai semua orang.
Juga kadang-kadang diselit informasi umum tentang komputer untuk menambah pengetahuan dan mewujudkan kesedaran tentang komputer.
Juga diselit pengalaman WaidaKmy tentang sesetengah perkara berkenaan komputer seperti kesilapan lampau yang telah saya lakukan supaya anda tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Nota*
Tips komputer yang dikongsi di sini, banyak berdasarkan Windows XP, melainkan ada disebut post itu untuk Linux atau Windows versi lain.
Apa Yang Tiada di Wanita & Komputer?
Tips komputer berkaitan hardware (perkakasan) atau programming secara mendalam.
Cadangan/review berkenaan software secara tetap (hanya akan dibuat berdasarkan permintaan dan kesesuaian).
Atau apa-apa sahaja yang saya rasa akan menyebabkan blog Wanita & Komputer ini menjadi terlalu teknikal, dan melawan sebab-sebab kewujudannya, iaitu tips mudah komputer untuk semua terutamanya wanita
Ingin hubungi saya?
Hubungi saya di sini
Nota Penafian - Semua tulisan yang dikongsi di sini dan juga melalui emel, adalah berdasarkan pengalaman pemilik / penulis blog dalam mengendalikan komputer peribadinya sendiri. Penulis telah sedaya upaya memberikan maklumat yang tepat. Diingatkan, sebarang kesan jangka pendek atau panjang yang timbul, atas penggunaan tulisan yang dikongsi, secara langsung atau tidak, adalah atas tanggungan sendiri. Tulisan yang dikongsi juga tidak boleh dianggap sebagai mengganti khidmat nasihat profesional



