Tips 29 – 4 kesilapan WaidaKmy..

Salam mesra semua :)

Maaf sebab post sebelum ini, mengambil masa yang lama (lebih seminggu tu, huhu). Banyak dugaan yang mendatang, semuanya dalam masa serentak. Memang menguji ketenangan saya sepenuhnya. Namun, banyak juga lah pengajaran yang saya dapat darinya. Yang penting, belajar dari kesilapan dan move on :)

Pengajaran paling berguna buat saya minggu ini. “Alah Membeli Menang Memakai” (Mahal pengajaran ini, sebab terbuang masa dan duit huu).

Anda kalau nak beli barang komputer, biarlah mahal sedikit asalkan elok, dan tidak buat hal di kemudian hari huhu. Jangan jadi seperti saya, sebab nak jimatkan RM200, rugi pula RM xxx + masa sekarang ini. (xxx sebab tak tahu berapa RM kena nanti hoho)

Sebenarnya, saya baru beli monitor LCD tahun lepas, dalam bulan 6. Jenama BenQ, dalam RM600++. Masa nak beli tu, sama ada beli BenQ Rm600++, atau Samsung RM800++. Biasalah kan, secara logiknya, mesti beli yang lebih murah, hoho.

Tapi, ini kesilapan saya yang pertama.

“Tak buat kajian, model apa yang nak dibeli terlebih dulu”

Nak beli barang yang mahal, cuba cari kat forum2 komputer, apa brand yang bagus, apa yang tidak. Selalu saya jumpa, pengguna yang menceritakan masalah dengan brand tertentu. Jadi, kalau banyak yang menghadapi masalah yang sama, elakkan la membeli brand tersebut (buat apa lah kita nak join sekali kan?) Ada juga kes yang terpencil. Jadi, pandai2 lah menggunakan kebijaksanaan kita ;) (saya tahu anda semua bijak2 belaka…)

Selepas 6 bulan guna LCD monitor baru (memang syok guna LCD berbanding CRT monitor gaban tu hehe), dah ada tanda2 mula nak rosak. Gambarnya mula distorted bila pakai lama sikit. Nak elokkkan gambar, saya perlu tutup monitor. Bagi ia cool down sikit. Tak syok la pula kalau gini.

Ini pula kesilapan saya yang kedua.

“Hilangkan resit pembelian”

Bila dah rosak, ingat nak hantar ke service center. Resit pula hilang, huhu. Nasib saya masih ingat bila saya beli, jadi boleh la agak2 monitor ni masih dalam warranty.

Tapi, saya cuba saja nasib bawa monitor ke service center. Sebabnya, belakang monitor ni ada tertulis Manufacturing Date (April 07), jadi agak kukuh alasan saya untuk hantar juga hehe. Pergi lah ke Lowyat, sebab situ saya beli monitor ni.

Kesilapan yang ketiga.

“Tak call service center terlebih dulu”

Sampai2 kat situ, tutup pula pada hari Ahad. Buka hari bekerja saja. Aduhai, penat saja mengusung monitor 17″ tu ke Lowyat. Mujur berkereta, bukan naik LRT. Terasa buang masa saja ke Lowyat, huhu.

Pulang semula ke rumah, pergi ke kedai komputer dekat dengan rumah saya. Senang cerita, hantar monitor tu kat situ, dan minta mereka bawa ke BenQ Service Center. Dengan bayaran sudah tentunya. Terpaksalah, nak buat macam mana. Hari bekerja, saya juga bekerja. Dah pastinya, tak sempat nak ke Lowyat. Takkan nak usung monitor ke pejabat, hoho :D

Kesilapan yang keempat.

“Membeli komponen komputer yang besar (susah untuk dibawa ke mana2), lebih baik beli di kedai komputer berdekatan, mudah untuk apa2 ‘after sales service’. “

Memang membeli komputer di kedai biasa, harganya lagi mahal. Jika saya beli monitor di kedai tu tempoh hari, saya tak perlu bayar servis caj untuk hantar monitor saya ke ‘service center’, kerana dikira ‘after sales service’. Hanya perlu bayar, untuk kos pembaikan saja. (Bergantung pada kedai juga sebenarnya ni, kalau kedai tu pandai nak jaga hati pelanggan, buat begini lah hehe)

Itu 4 kesilapan yang saya dah pun buat. Janganlah anda ikut jejak langkah saya pula huhu. Masa terbuang, RM pun terbang huhu.

Ok, Jumpa lagi :)

PS : Mujur ada spare CRT monitor…