Ekstrak content CD dari fail ISO

by on October 18, 2009
in Asas Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

Di kala orang lain sibuk meraikan Deepavali, kami tenggelam di ‘dunia’ Cash Flow 101 versi board game milik Farah. Hampir 5 jam bermula 11 pagi, saya dan Becky masih berpusing-pusing dalam roda ‘rat race’ sehingga ke sudah (nasib badan…) Adly pula agak bernasib baik (ya! nasib baik sahaja tu…) berjaya keluar di saat-saat akhir menyertai Farah, yang awal-awal lagi sudah ke laluan ‘Fast Track’.

CashFlow 101

Gembira terima gaji setiap kali tiba di petak ‘Paycheck’. Dipaksa rela membeli ‘doodads’. Mengeluh bila terkena petak ‘downsized’. Bersorak bila ‘saham’ yang dibeli mencanak naik. Macam kanak-kanak riang ria sahaja semuanya bila bermain ;) Sebenarnya, saya biasa bermain versi e-game Cash Flow 101 ini, tetapi rupa-rupanya lagi seronok versi board game. Beza sungguh!

Sampai sahaja di rumah, saya terus mencari e-game Cash Flow 101. Tidak puas bermain lagi (geram tidak keluar dari ‘Rat Race’ sebenarnya). Ah! Rupa-rupanya sudah dibuang dari komputer. Mujur saya terfikir untuk ‘burn’ dalam DVD suatu masa dulu. Setelah DVD dimasukkan, saya terlupa yang ia dalam format iso pula bersama-sama dengan fail Cash Flow 202.

Cashflow format iso

Ketika dalam format iso

Jadi,

Bagaimana mendapatkan kandungan CD daripada ‘image file’ atau fail iso ini?

Ada 2 cara, iaitu

1 – Burn ke dalam CD (atau DVD)

Mengikut saiz fail iso, burn fail iso tadi ke dalam CD atau DVD. Mesti menggunakan ‘burn image file’ untuk mendapatkan kembali kandungannya.

2 – Gunakan ‘virtual drive’

Untuk tidak membazirkan CD atau DVD (walau cuma beberapa sen sahaja), kita boleh menggunakan ‘virtual drive’. Bayangkan ‘virtual drive’ seperti CD atau DVD drive yang biasa kita guna itu, tetapi kewujudannya hanya dalam komputer.

Penerangan penuh ‘virtual drive’ di Wikipedia

Untuk mewujudkan ‘virtual drive’ dalam komputer, kita perlu menggunakan perisian khas seperti Magic Disc. Setelah download dan pasang di komputer, buka perisian Magic Disc.

Bagi mendapatkan kandungan dalam fail iso tadi, kita perlu ‘mount’ (masukkan) fail iso ke ‘virtual drive’ yang telah diwujudkan.

Mount fail iso dulu

Mount fail iso dulu

Lihat fail iso tadi berubah menjadi banyak setelah di-mount ;)

Kandungan CD dalam fail iso tadi!

Kandungan CD dalam fail iso tadi!

Untuk membuangnya, hanya perlu ‘unmount’ kembali data dari virtual drive. Jika tidak suka melihat ‘virtual drive’ dalam ‘My Computer’, anda boleh ‘disable’ kan fungsi virtual drive :)

Mudah bukan?

Jumpa lagi!

-WK-