Asas Website Siri 1

by on July 25, 2009
in Asas Internet

Salam dan Apa khabar? :)

Seperti yang dijanjikan dalam kuiz artikel lepas,

1. Berapa jenis website yang telah saya sebut dalam cerita di atas? Apakah dia?

Dua. Blog dan Minisite.

Sebenarnya, tidak terhad pada 2 jenis ini saja. Malah banyak lagi, selain dari yang sudah saya sebutkan. Contohnya, forum juga salah satu jenis website, seperti WanitaMelayu dan WangCyber.

Forum Wanita Melayu

Forum Wanita Melayu

Forum Wang Cyber

Forum Wang Cyber

Selain itu, ada juga kedai online seperti GetGorgeous dan BookCafe. (Psst, yang berniaga melalui blogspot.com bukan kedai online ya, itu adalah blog :) )

Kedai Get Gorgeous

Kedai Baju Get Gorgeous

Kedai Buku Book Cafe

Kedai Buku Book Cafe

Laman lelongan seperti eBay dan Lelong juga salah satu contoh website.

eBay

eBay

Lelong

Lelong

Selain daripada blog, ada juga website yang berkonsepkan portal seperti Sifoo.com

Sifoo

Sifoo

Setiap dari jenis-jenis website yang saya sudah sebutkan ini, ada platform tertentu untuk membinanya. Kalau forum, ia boleh dibina menggunakan antaranya, phpBB atau vBulletin. Kedai online pula, boleh menggunakan Niagakit, selain dari osCommerce atau ZenCart.

Oh ya, dengan WordPress juga, anda boleh membina portal. Yang penting, menggunakan rekaan theme yang betul, iaitu theme jenis ‘magazine’.

2. Apakah perisian untuk membuat website yang telah saya sebut?

MS Front Page, NVU, Kompozer dan Macromedia Dreamweaver.

Semua perisian di atas adalah WYSIWYG (What You See Is What You Get). Iaitu, apa yang anda lihat, itulah yang anda nampak. Jadi, tidak perlu belajar HTML yang kompleks untuk membina website. Cukup sekadar ketahui beberapa bahasa HTML yang mudah.

Bagi saya sendiri, saya hanya gunakan NVU atau Kompozer saja. Percuma dan tidak susah untuk dikendalikan. Berlainan dengan Dreamweaver, ia sedikit mencabar, tetapi masih boleh dipelajari. Kalau tidak silap saya, 2 ke 3 minggu juga saya ambil masa untuk biasakan diri dengannya (baca: setelah hampir 8 jam mengadap) ketika membuat projek website untuk orang atasan saya.

Buat apa belajar yang susah kalau benda senang ada? Kan? ;)

Namun, jika sangat berminat untuk belajar asas HTML sendiri, bolehlah pelajarinya di W3Schools.

Jumpa lagi di artikel akan datang dengan ulasan soalan 3 dan 4 :D

-WK-