Apa beza Netbook dan Notebook?
Salam dan Apa khabar?
Kurang dari 2 minggu, PC Fair akan menjelma lagi. Mungkin ada yang sudah berkira-kira untuk menukar komputer atau aksesori tambahan. Saya pun mungkin perlu tukar mouse baru sebab respons mouse yang sekarang ini dah lambat semacam aja
Saya rasa PC Fair kali ini mesti dipenuhi promosi Netbook, sama macam tahun lepas. Lagipun, Sony pun bakal keluarkan Netbook nya sendiri juga. Memang lawa. Tengok banyak kali, saya pun terasa nak beli juga
Mujur, prioriti utama tahun ini nak beli Notebook berbanding Netbook
Apa beza Notebook dan Netbook?
Secara ringkasnya, Notebook sama seperti Laptop manakala Netbook pula umpama mini Laptop

Notebook
Atau

Netbook
Kredit gambar: Jm Purity & HardwareInfo
Kebaikan Netbook
Yang nyatanya, Netbook bersaiz lebih kecil dan ringan daripada Notebook. Walaupun begitu, ia tetap tidak sama seperti Notebook kerana Netbook disasarkan kepada pengguna komputer yang sering (atau wajib) melayari Internet dan menghantar emel tidak kira tempat dan masa (macam IM contohnya?)
Mungkin ada yang terfikir “Lebih baik beli Netbook dari Notebook kalau begitu. Ringan dan murah pula. Saya pun hari-hari surf Internet” selepas membaca kata-kata kempen saya di atas.
Kekurangan Netbook
Namun, anda perlu tahu yang ada komponen dalam Notebook telah ditiadakan dalam Netbook antaranya CD/DVD drive. Prestasi Netbook juga tidak boleh dibandingkan dengan Notebook kerana ia menggunakan komponen yang berbeza. Kalau tidak kenapa Netbook setakat ini hanya boleh menggunakan Win XP, bukan Win Vista?
Ada pula agaknya yang terfikir “Beli Notebook lah kalau begitu” selepas membaca kekurangan Netbook yang saya baru tulis sebentar tadi.
Bukan begitu…
Hakikatnya, Netbook atau Notebook (atau Desktop), semuanya direka berdasarkan keperluan dan golongan sasaran yang berbeza. Jadi, apa yang penting, tetapkanlah keperluan anda terlebih dulu
Yang nak beli laptop baru,
-WK-
PS: Penyertaan masih dibuka bagi mereka yang ingin belajar membina laman web. Pendekkan tempoh pembelajaran anda dengan mempelajari skill membina laman web dengan otai-otai yang sepatutnya. Dapatkan maklumat penuh di sini



