4 Perkara Perlu Ada Untuk Shopping Online

by waidakmy on March 12, 2009
in Panduan

Salam dan Apa khabar? :)

2, 3 hari ini kepala dan hati saya sakit dengan isu2 berbangkit, idea untuk menulis pun tidak ada..huhu..

Entri kali ini adalah ilham daripada pertanyaan seorang rakan sepermainan gamelan saya..Terima kasih Encik Z membantu selamatkan saya dari perlu memikirkan topik post :P

“Selalu ke kau beli barang online? Macam mana ek?”

Jadi lihat entri di bawah, 4 perkara yang anda perlukan untuk membeli belah secara online

4 Perkara Yang Anda Perlukan Untuk Beli Barang Online

1. Asas Komputer dan Internet

Ini wajib. Susah pula mahu membeli barangan di Internet, jika tiada asas komputer dan Internet. Mesti juga tahu menggunakan emel, kerana banyak penjual di Malaysia berurusan dengan emel

2. Akaun Internet Banking

Asasnya, ini adalah akaun bank juga (seperti yang anda biasa guna). Apa yang berbeza, kalau selalu anda tengok baki duit anda di ATM, jika ada akaun Internet Banking, anda boleh akses akaun anda dari Internet

Contoh: Maybank2u, CimbClicks

Bacaan Tambahan – Panduan Menggunakan Maybank2u dan CimbClicks (download fail pdf itu)

3. Pengetahuan Asas Sekuriti Internet

Jangan jadi terlalu naif dan percaya kepada semua orang di Internet :) Perlu selidik tentang penjual terlebih dulu sebelum membeli. Di Internet, perkara paling penting adalah kredibiliti. Jadi, semaklah kredibilitinya

Juga jangan mudah percaya dengan emel yang mengatakan anda menang itu ini, atau emel dari bank :) Ini semua SPAM atau emel tipu

Bacaan Tambahan – Mari Melawan SPAM dan Phishing

4. Kad Kredit/Debit atau Akaun Paypal

Ini tidak wajib jika anda hanya mahu membeli belah di Malaysia. Ia jadi penting jika anda mahu shopping di laman web luar negara

Ok lah, semoga 4 perkara yang saya telah senaraikan di atas bakal membantu anda mula membeli belah di Internat :)

Wassalam :)

-WK-

PS: Jika anda rasa, ada yang perlu ditambah..sila-silakan lah :)

Mari melawan SPAM dan PHISHING!!

by waidakmy on February 10, 2008
in Teknologi

Apa khabar semua ,

Seronok cuti? Rasa2 macam tak nak kerja pula esok haha. Susah juga kalau banyak sangat cuti. Semangat kerja turun naik haha .

Seperti yang disyorkan salah seorang pembaca blog ni, (lihat di ruang komen di sini) saya akan ceritakan pasal spam dan phishing. 

Apa itu SPAM?

Konsep mudahnya, junk mail atau mel sampah yang masuk ke inbox anda setiap hari, tanpa kebenaran anda.

Definisi formal

The use of mailing lists to blanket Usenet groups or private e-mail boxes with indiscrimination, unsolicited messages of a promotional nature. …

(sumber dari www.expedite-email-marketing.com/

internet_marketing_glossary_internetmarketingtermsdefinition.htm)

Apa itu PHISHING?

Bunyi macam fishing kan? Fishing tu maksudnya memancing kan? Tapi kat sini bukan pancing ikan, tapi pancing maklumat . Macam2 cara yang digunakan untuk phishing maklumat dari anda, yang paling kerap melalui emel lah. Maklumat yang dipancing ni selalunya nombor kad kredit, password akaun bank online, dan apa-apa lah yang boleh mendatangkan duit secara senang kepada mereka. Kes orang nak duit cepat lah ni. Masuk cepat, keluar pun cepat hoho. Duit tak berkat lah katakan.

Definisi formal 1

is the act of tricking someone into giving them confidential information or tricking them into doing something that they normally wouldn’t do or …
(sumber dari – www.stpeterprince.org/terms_you_should_know.htm
)

Definisi formal 2

“Phishing” is a form of Internet fraud that aims to steal valuable information such as credit cards, social security numbers, user IDs and passwords. …
(sumber dari – www.digitalstrategy.govt.nz/templates/Page____60.aspx)

Cara Saya Melawan SPAM

Susah nak lawan SPAM ni. Selagi wujud orang2 yang tak fikir panjang, memang tak selesai masalah. If you can’t beat them, join them hoho. Bukan lah join buat SPAM juga ye. Apa yang saya buat, buka 2 separate akaun emel. Lagi bagus guna gmail, sebab junk mail memang kurang. Satu akaun untuk personal, untuk akaun YM (jika register dengan yahoomail) sekali. Satu akaun lagi, guna untuk register benda ntah apa2 di internet macam survey ke kuiz ke. Saya tahu ramai yang suka buat kuiz di internet hoho.

Yang ni, jangan letak nama asal dan butir2 peribadi anda dalam profile. (Sebenarnya untuk akaun personal pun saya tak berapa galakkan anda letak betul2 alamat rumah sebenarnya, melainkan untuk tujuan bisnes) Saya selalu ubahsuai sikit apa yang saya letak dalam profile tu hoho. Bila anda buat begini, junk mail akan memenuhkan inbox anda yang satu tu saja, bukan personal. Sekali dalam 3 bulan, delete semua junk mail tu hoho. Senang cerita.

Cara Saya Melawan Phishing

Yang ni pun sama taraf dengan SPAM. Memang tak akan habis2. Jadi, apa yang anda perlu buat, jangan layan emel2 yang perlukan anda klik link yang diberi dan masukkan password atau apa2 nombor di site yang dibuka (walaupun nampak macam sama). Contohnya, anda ada gunakan perkhidmatan online banking Maybank. Anda ada mendapat emel dari Maybank (klon), yang meminta anda klik link yang diberikan dan login di situ. Ini lah taktik phishing. Bank memang tidak akan hantar emel2 sebegini. Jika anda was-was, forward kan emel pada Maybank dan tengok respons yang diberikan.

Link yang diberikan bila di-klik memang nampak sama, tapi ada 2 ciri yang tidak akan ada, iaitu logo kunci kat bawah browser anda dan https:// (Huruf "S" selepas http menunjukkan sekuriti. Apa2 pun, cara selamat adalah taip alamat url di browser untuk perkara2 sensitif seperti ini. Jangan sesekali login melalui link. Perkara2 tak sensitif (tak berkaitan dengan wang) takde masalah.

Ok lah, selamat melawan SPAM dan PHISHING. Say no to them!!

PS: Saya tengah dalam proses menulis satu report panduan untuk pembaca2 blog ni . Harap2 dapat siapkan dengan cepat hoho.