Apa itu Linux?
by waidakmy on December 14, 2008
in Asas Komputer, Teknologi
Salam dan Apa khabar semua?
Baiklah, seperti yang saya pernah janjikan sebelum ini, saya akan tulis sedikit mengenai Linux. Anggap artikel kali ini sebagai pengenalan kepada Linux. Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar tentang Linux, tapi tak begitu faham apa Linux sebenarnya. Walaupun begitu, terus terang saya kata, pengetahuan saya tentang Linux ini sangat2 cetek. Jadi, jika anda nak ketahui Linux dengan mendalam, bolehlah singgah2 di Jom Linux – Portal Berita dan Informasi Linux Malaysia ataupun sertai komuniti FOSSChix.my.
Sebelum saya masuk kepada topik Linux, saya akan sentuh sikit mengenai sistem operasi (operating system), kerana ada kaitannya juga sedikit sebanyak
Apa itu sistem operasi?
Sistem operasi atau operating system ini sebenarnya adalah perisian (software) juga. Apa yang berbeza dengan perisian yang selalu kita install tu, perisian sistem operasi ini khusus untuk perkakasan (hardware).
Cuba anda lihat, kalau nak diikut2kan, komputer peribadi yang anda ada tu, terdiri dari kepingan2 besi, komponen2 elektronik dan lain2. Pernah tak anda terfikir, macam mana dari kepingan2 besi dan komponen2 elektronik tu, boleh terhasil sesuatu yang dapat membantu anda.
Dipendekkan cerita, (kalau saya cerita panjang lebar, pening pula), sistem operasi ni adalah orang tengah antara perkakasan (hardware) dengan perisian aplikasi (application software) macam Winamp, Microsoft Word, dan lain2.
Macam handphone yang ada pelbagai jenama, sistem operasi ini pun ada ‘jenama’ juga. Yang paling dikenali untuk komputer peribadi, adalah Windows, namun ada juga ‘jenama’ lain seperti Mac OS, Linux dan Solaris. Kebiasaannya, Linux dan Solaris diguna untuk server. Mac OS pula akan digunakan bila anda membeli komputer keluaran Apple.
Gambar ihsan dari http://en.wikipedia.org/wiki/Operating_system
Apa itu Linux?
Seperti yang telah saya sebut di atas, Linux adalah salah satu sistem operasi untuk komputer. Apa yang menyebabkan ia makin popular adalah kerana ia percuma dan terbuka kepada semua orang. Sesiapa saja boleh mengubah kod asalnya kerana ia adalah perisian sumber terbuka atau open source.
Disebabkan kod asal Linux bebas diubahsuai oleh sesiapa pun, banyaklah variasi yang telah dihasilkan, atau istilah komputer nya, Linux distribution atau distros. Apa yang Garfield pernah sebut sebelum ini, iaitu Puppy Linux, Xubuntu, Ubuntu, ianya semua adalah Linux distros, yang berbeza2 penggunaannya. Contohnya Puppy Linux, ia sesuai untuk komputer berkuasa rendah.
Apa yang saya lihat, yang popular sekarang ini adalah Ubuntu
Masa saya belajar di Universiti dulu, Redhat Linux yang glamour masa itu hehe. Apa2 pun, Linux dah makin mendapat tempat di hati pengguna2 komputer peribadi. Dulu saya pernah gunakan Redhat Linux, saya kagum dengan paparan grafiknya, ala2 Vista sesetengah ikonnya.
Oklah setakat ini. Saya harap artikel ini cukup untuk anda mengenali apa itu Linux
PS: Harap2 anda fahamla ya hehe. Susah juga saya nak tulis tentang sistem operasi dan Linux, supaya tidak kelihatan terlalu teknikal.





