Tips 32 – Clear cache dan browsing history

Salam mesra semua :)

Penat tapi enjoy!! Saya baru saja balik dari kursus “Defensive Driving” di Johor Circuit. Harap2 jadi pemandu yang lebih baik dari sebelum ni :D

Akhir2 ini, selalu dengar cerita duit dalam akaun bank hilang melalui internet. Bagus bila ada liputan sebegini, sekurang2nya orang berjaga2. Tapi, saya cuma fikir, sayang, sebab tentunya akan menakutkan orang yang belum atau baru nak berjinak2 dengan transaksi bank online.

Alhamdulillah, selama 2 tahun guna servis ini, tak pernah terjadi apa2 lagi. Yang penting, anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk elakkan terjadi kes2 sebegini. Kesilapan2 yang saya perasan dalam kes sebegini,

Login ke akaun bank online melalui link dalam emel

Jangan sekali2 login ke akaun bank anda melalui emel. Bank di Malaysia jarang berurusan dengan pelanggan melalui emel, selalunya melalui surat. Ini yang dikatakan phishing. Walaupun link yang diklik seakan2 sama rekabentuknya, jangan login juga. Jika sudah ter”login”, cepat2 tukar password. Cara selamat, sentiasalah hafal alamat website bank terbabit. Jadi, taip di browser dan login melalui situ. Tak pun, taip nama bank di Google atau Yahoo terlebih dulu untuk dapatkan alamat website bank.

Benarkan orang lain daftar akaun online untuk anda

Ini paling bahaya. Memang sedikit leceh kerana anda perlu daftar nombor handphone dan dapatkan 6 digit nombor sekuriti dari mesin ATM. Namun, biar leceh tapi selamat, dari senang tapi duit lesap. Daftarkan handphone adalah penting kerana anda perlukan nombor TAC untuk setiap kali transaksi online. 6 digit nombor sekuriti pula adalah untuk pertama kali login.

Apa yang terjadi, mereka yang ‘baik hati’ mendaftarkan untuk anda, gunakan 6 digit nombor ini untuk membuka akaun bank anda secara online. Kemudian, mencipta login name dan password yang sudah semestinya anda tidak tahu. Lebih buruk lagi, telah daftarkan telefon mereka terlebih dulu. Dah jadi begini, selamat jalan sajalah duit dalam akaun bank tu…

Sentiasa berhati-hati

Jangan pula anda cuak. Yang penting, anda kena sentiasa amalkan prinsip berhati2, lebih2 lagi yang melibatkan duit. Juga, sentiasa amalkan “clear cache dan history dalam browser” :) . Cara ini lebih perlu dilakukan jika anda online melalui komputer di tempat awam contoh cyber cafe (CC).

Cache – Tempat simpanan sementara. Semasa anda melayari sesuatu website, komputer akan simpan data website ke dalam komputer dalam subfolder Cache (yang berada dalam folder IE atau Firefox). Jika lain kali anda melayari website yang sama, browser akan ambil data yang disimpan dalam Cache bukan dari server asal. Konsep ini digunakan untuk mencepatkan loading sesuatu website.

History – Senarai laman web yang telah dilawati anda.

Clear Cache Dan History Di Internet Explorer (IE)

Nota – Saya gunakan IE versi 6

Cache

  1. Pilih menu “Tools” dan klik “Internet Options”
  2. Di menu “Internet Options”, pilih tab “General”
  3. Klik pada “Delete Cookies” dan klik “Ok”
  4. Klik pada “Delete Files” dan klik “Ok”

History

  1. Sama langkah seperti di atas sehingga no 2
  2. Klik pada “Clear History” dan pilih “Yes”

Setelah selesai buang data Cache dan History, pastikan tekan “Ok” pada menu “Internet Options”

Clear Cache Dan History Di Firefox pula

Ini mudah lagi :)

  1. Pilih “Tools” dan klik “Clear Private Data”
  2. Jika anda hanya mahu clear Cache dan History, tanda (/) pada Cache dan Browsing History saja. Jika tidak, tandakan semua pun ok
  3. Klik butang “Clear Private Data Now”

Selesai…

PS: Asniz, belum dapat lagi saya ceritakan tentang RAM :) tengah fikir2kan apa yang perlu diceritakan…