Buat Apa Selepas Beli Komputer
by waidakmy on November 15, 2009
in Asas Komputer
Assalamualaikum dan Apa khabar?
“Beli komputer sudah, buat apa pula seterusnya?”
Jika tempoh hari, saya sudah kongsikan tips membeli komputer. Selepas komputer sudah pun dibeli, apakah langkah seterusnya? Inilah masanya memenuhi komputer itu dengan program-program yang boleh membantu kita.
Apakah program-program komputer yang membantu itu?
Ada juga yang bertanya program apakah yang boleh dipasang. Saya memahami ‘concern’ beliau. Mungkin ada perisian yang terlepas pandang, dan saya amat hargai usahanya ini.
Mengikut konsep yang saya amalkan, kebanyakan program dalam komputer, boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Bermula dengan tahap 1 (kritikal), kemudian tahap 2 (penting) dan akhir sekali tahap 3 (tidak penting).
Tahap 1 (Kritikal)
Program-program ini wajib dipasang dalam komputer untuk memastikan kelangsungan komputer. Juga memastikan komputer kita boleh beroperasi. Contoh program-program dalam tahap ini seperti
a) Program Sokongan Komputer
Program yang menyokong komputer seperti driver. Tanpanya, banyak komponen komputer (hardware) tidak boleh berfungsi seperti motherboard, printer, DVD drive dan lain-lain. Biasanya, diberi sekali ketika membeli komputer atau komponen komputer. Sangat penting disimpan!
b) Program Sekuriti Komputer
Inilah sel darah putih dalam komputer kita! Dialah yang mengawal komputer kita dari gangguan anasir luar. Juga melawan serangan anasir jika kubu dipecah masuk. Yang ini, kita harus pasang sendiri. Jarang-jarang saya lihat ini diberi sekali. Malah, mungkin tidak dipasang jika ada yang tidak tahu. Contoh program dalam kategori ini adalah firewall dan antivirus.
c) Program Pelincir Komputer
Haa. Jangan gelak. Komputer memang seperti kereta. Harus ada penyelenggaraan setiap masa untuk terus tip top. Ada sesetengah program ini didatangkan sekali dengan OS (Windows, Linux, dll). Namun, ada juga program tambahan yang boleh dipasang seperti CCleaner.
Berbayar atau Percuma?
Itulah kategori program dalam tahap kritikal. Ia boleh jadi percuma atau berbayar. Bergantung kepada kita dan kemampuan kewangan. Tidaklah semua yang berbayar itu bagus. Dan, tiada yang berkata percuma itu kurang kualitinya.
Untuk program-program dalam 2 tahap lagi, ia sangat subjektif. Bergantung kepada apa yang kita fikirkan penting. Berbalik juga kepada tujuan kita membeli komputer. Akan disambung dalam post akan datang
Ruang Tanya Pendapat
Ada kategori program dalam tahap 1 yang tuan/puan boleh tambah? Mungkin saya terlepas pandang…
Jumpa lagi!
-WK-
PS: Mungkin ada yang keliru program dan perisian. Sekumpulan program akan membentuk perisian. Jadi program = perisian
PC Fair 2009
by waidakmy on July 29, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa khabar?
PC Fair 2009
Sempena Bulan ICT Negara 2009, PC Fair akan diadakan pada
- Tarikh: 31hb Julai – 2 Ogos (Jumaat ini sehingga Ahad)
- Masa: 11.00 pagi – 9.00 malam
- Tempat: KL Convention Centre
Bagaimana untuk ke sana?
Boleh baca direction yang saya beri pada artikel PC Fair tahun 2008.
Okay, di bawah ini saya senaraikan artikel-artikel yang boleh membantu anda, jika ada yang berkira-kira untuk membeli belah di PC Fair kali ini.
Beli Komputer Baru
- Perkara pertama yang perlu dibuat sebelum membeli komputer baru
- Mana yang sesuai: Laptop atau Desktop?
- Apa beza Notebook dan Netbook?
- Kriteria memilih Laptop
- Bagaimana memahami spesifikasi komputer
Jika Beli External Harddisk , jangan lupa minta mereka buat partition untuk harddisk itu.
Dan,
jangan lupa ambil iktibar dari kesilapan saya yang lalu
Yang mahu bercuti,
WK
PS: Saya cuti-cuti Malaysia dari Jumaat sampai Ahad. Yosh!




