Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail

by on January 3, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam sayang pembaca2 semua :) ,

Apa Azam 2008 Anda?

Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan lebih blog Wanita & Komputer ni. Tup2 dah pun sampai tips yang ke 10. Sekejap je kan? Ini pun dah masuk tahun 2008. Apa azam tahun baru semua? Tak kira la banyak ke sikit azam yang nak dicapai, yang penting biar sikit tapi terlaksana. Banyak2 azam tapi kalau setakat catatan di kertas, tak guna kan? :)

Macam mana dengan azam saya sendiri? Tak boleh la cakap pasal orang saja kan :P Banyak yang saya nak capai semasa masih hidup bujang ni :) (antaranya berjalan merata2 dunia insya allah :) ) Target saya untuk blog Wanita & Komputer ini, untuk capai bilangan 200 artikel dalam tahun 2008 ini, insya allah. Ini dah kira commit dengan pembaca2 ini, habislah kalau tak dapat capai hehe. Kalau dikira2 boleh sebenarnya, dengan syarat saya kekalkan momentum update blog ini selang sehari. Tapi, yelah, masa depan, siapa tau apa terjadi. Jadi bantu saya ye, support saya untuk capai target 200 ini :)

Pengumuman Penting

Ok, nak buat pengumuman juga. Hujung minggu ini, kalau tiada apa2 aral melintang, akan ada perubahan besar kepada blog ini. Tahun baru la katakan, hehe. Jadi, untuk makluman, tiada artikel baru akan ditulis, sebab saya nak fokus betul2 untuk projek hujung minggu :) Jangan pula pelik, jika blog ini tak dapat dimasuk. Kira2, under maintenance la, hujung minggu ni.

Enjoy tips mudah ke 10 dari saya :D

Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail!!

Apa akan jadi bila butang “SHIFT” ditekan serentak dengan butang”DELETE“??

Hoho, fail yang anda hendak buang akan hilang terus. TAK AKAN masuk langsung dalam recycle bin. TAPI berhati2, jangan pula TERbuang fail anda yang penting. Jangan kata saya tak beri amaran pada anda :D (Tengok ruang komen di sini :P )