Tips bezakan emel SCAM
by waidakmy on May 26, 2009
in Tips-Tips Komputer
Salam dan Apa khabar?
Pagi-pagi ini, saya terdapat ilham pula untuk menulis artikel blog
Blog ini pun dah berhabuk sejak tidak dikemaskini 10 hari lalu. Maafkan saya. Padat sungguh aktiviti saya 4, 5 hari lepas. Ketika ini pun, saya sedang online dari hotel di Cyberjaya. Jadi, enjoy tips ringkas dari saya sebelum saya ke seminar ![]()

Apa yang salah pada emel ini?
Emel ini adalah emel SCAM atau maksud mudahnya, emel TIPU. Untuk membezakan sesuatu emel itu SCAM atau tidak, kita perlu banyak menggunakan ‘common sense’.
Anda sudah perasan ada sesuatu yang pelik dalam emel di atas?
Belum lagi? Saya beri hint, iaitu Ericsson dan laptop ![]()
Ok, jadi apa jawapannya?
Sejak bila pula Ericsson ada keluarkan laptop? Ericsson pengeluar telefon bukan?
Lagipun, saya tidak percaya perkara sebegini. It’s too good to be true. Oh ya, jika anda tidak percaya kata saya yang emel ini adalah SPAM, cuba anda taip perkataan
“Free New Laptop From Ericsson”
di Google dan Yahoo. Lihat keputusan enjin carian anda
Jumpa lagi!
-WK-
PS: Buat pembaca tersayang, saya akan cuba balas emel anda, cuma cepat atau lambat saja
Tapi, sayang pula bila saya dah tulis panjang-panjang, emel anda pula yang salah
Jadi, jangan lupa double check emel ya?


