Salam Maulidur Rasul!

by waidakmy on February 26, 2010
in Coretan WK

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat yang beragama islam. Dalam diam diam sudah sampai ke penghujung Februari. Jujurnya saya merasakan tidak sangka kita baru berada di bulan kedua dalam tahun Masihi ini kerana banyaknya aktiviti pada awal tahun 2010 ini.

Doa saya kita semua berjaya dalam apa jua yang kita rancangkan. Seandainya ia bukan seperti yang kita rancangkan, lapangkan dada. Mungkin apa yang kita idam-idamkan itu tidak semestinya yang terbaik untuk kita. Dan, apa yang kita bencikan itulah ubat paling mujarab buat kita.

Kisah Muhammad Bin Abdullah

Sedikit kisah Muhammad Bin Abdullah yang dipetik dari FB sahabat saya, Azzah,

Muhammad bin Abdullah | Seorang pengemis Yahudi buta sering memaki Muhammad. Namun Muhammad menyuapkan makanan kepadanya setiap hari. Selepas Muhammad meninggal dunia, Abu Bakar menggantikan tempatnya. Yahudi itu menyedari orang yang menyuapkannya itu berbeza. Abu Bakar memberitahu bahawa yang selalu menyuapkannya itu adalah Muhammad, dan Beliau sudah tiada. Yahudi itu menangis lantas masuk Islam.

Pertanyaan

Atas rasa sedar (dan malu kerana lama tidak update blog), saya ingin bertanya.

Mana yang Tuan Puan lebih suka?

A) Menulis dengan lebih kerap, tetapi pendek-pendek.

B) Menulis jarak-jarak, tetapi panjang.

Terima kasih! Dan, salam Maulidur Rasul.

-WK-

Salam Aidilfitri

by waidakmy on September 16, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

Terima kasih pada yang telah mengucapkan ‘selamat berpuasa’ pada saya tempoh hari. Saya suka! Secebis ingatan tuan puan untuk saya, amat saya hargai :)

Dengan pemergian Ramadhan dan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, saya ingin memohon maaf andai ada tersalah kata dan terkasar bicara sepanjang tempoh perkenalan kita di alam maya ini.

Terimalah kad raya yang saya titipkan khas ini,

Kad Raya Pengganti Diri

Kad Raya Pengganti Diri

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin :)

Jumpa lagi!

-WK-

Siap Ubahsuai Fasa Pertama

by waidakmy on July 13, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

Layout Baru Wanita & Komputer

Layout Baru Wanita & Komputer

Alhamdulillah selesai juga fasa pertama mengubahsuai reka bentuk blog ini, setelah seminggu mengerjakannya – mencari layout baru, test drive layout sebelum diubahsuai, jumpa yang sesuai, ubah suai!

Apa Yang Berubah?

1 – Reka bentuk 2 column yang minimalis

Saya mendapati ramai juga pembaca blog ini yang menggunakan Internet Explorer (walaupun saya tidak – jawapannya di sini). Dengan IE, sidebar layout blog saya yang lama akan turun ke bawah, tetapi tidak dengan Firefox. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menggunakan reka bentuk yang ada 2 column saja. Jadi, tidak kiralah browser apa yang anda gunakan, rekabentuk blog ini tetap sama :)

2 – Ruang ‘Pembaca Setia WK’ diwujudkan

Dulu, saya menawarkan secara percuma ebook ‘Panduan Convert MS Word Kepada PDF’, dan jika mereka berminat, bolehlah mereka terus mendapat update daripada saya tentang blog ini melalui emel.

Tetapi, akhir-akhir ini, ada pula yang bertanya bagaimana menjadi ahli untuk blog ini. Pelik juga saya sebenarnya, sebab tiada ruangan ahli. Namun, saya terfikir, kenapa tidak wujudkan ruangan ‘Pembaca Setia WK’ untuk mudahkan anda semua menerima artikel-artikel terkini?

Boleh dapatkan maklumat lanjut ‘Pembaca Setia WK’ di sini

==========================================

Ada lagi sebenarnya yang saya ingin masukkan, tetapi biarlah saya rahsiakannya dulu :D Jadi, nantikan gelombang fasa kedua blog Wanita & Komputer pula!!

Sampai di sini dulu, sebelum saya tulis tips komputer di lain hari pula :)

-WK-

PS: Saya ada memberi peluang kepada pembaca newsletter saya (ya, mereka saja) untuk mencadangkan topik ebook saya yang terbaru. Sekiranya, topik mereka terpilih, mereka berpeluang untuk mendapat ebook saya secara percuma. Oh ya, ada 3 salinan yang akan diberi percuma, bermakna ada 3 orang yang akan mendapatnya nanti! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melanggan newsletter saya (psstt cara pertama saja tau! )

Rancang dan gapailah apa yang anda mahu

by waidakmy on June 18, 2009
in Coretan WK, Motivasi

Salam dan Apa khabar? :)

Bahaya sungguh apabila tidak update blog lebih daripada 2 minggu. Mahu dapatkan kembali momentum untuk menulis memang berat. Beratnya bagaikan mahu memulakan langkah pertama setelah berada dalam zon selesa.

Saya teringat pula buku yang saya baca, “Who moved my cheese?” dan ternyatalah manusia memang kurang gemar perubahan yang jauh daripada kebiasaannya. Sedangkan, kita perlu berubah untuk terus kekal hidup dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Saya juga mahu begitu. Hidup yang bermakna dan seronok sekali untuk dikenang-kenang.

Membaca entri Catzer, juga mendorong saya muhasabah kembali cita-cita yang telah saya tulis di awal tahun dulu. Ringkasnya, ada yang dicapai, ada yang tidak. Ada yang tanpa disangka-sangka, muncul dalam hidup saya. Itulah kuasa Law of Attraction

Target 2009

1 – Blog Wanita & Komputer Yang Lebih Berkualiti, Lebih Ramai Golongan Pembacanya

Sasaran yang tercapai

  • Bilangan pembaca meningkat
  • Sudah 200 entri
  • Ayat dan bahasa entri yang lebih matang

Ini antara target untuk blog ini, yang saya letak hujung tahun lepas. Mungkin tidak signifikan bagi anda, tapi ia signifikan bagi saya :)

Terima kasih yang tak jemu-jemu menyokong saya!!

Sasaran 6 bulan yang berbaki lagi

  • Design baru yang lebih kemas (sudah pasti berwarna biru!)
  • Susun atur entri yang lebih teratur
  • Artikel dikategorikan dengan betul
  • Gaya artikel yang pelbagai
  • Bahasa artikel yang sesuai untuk pelbagai golongan

2 – Website Khas Untuk Tutorial Komputer

Saya telah scrap off projek ini di awal tahun lagi apabila mendapati ianya tidak begitu praktikal buat masa ini. Saya putuskan untuk sekalikan saja dengan blog utama ini. Cumanya, apabila melibatkan tutorial, ia agak memakan masa saya :P Tak mengapa, saya akan usahakan 1 tutorial dalam 1 bulan (Senang je kan, waida..yosh!)

C) Menulis Buku Komputer

Masih dalam perancangan. Tidak mengapa, ada berbaki 6 bulan lagi untuk saya laksanakan, Insya Allah :)

Bagaimana dengan perancangan anda?

Saya tag rakan-rakan blogger saya di bawah untuk jawab soalan saya di blog anda :)

CikMal, Irfan, Zahari, TMUkmkd, Hazman, Fatin, Milsum

Wassalam :)

PS: GrafikMaya.com dah dilancarkan…

Ikut atau Tidak Trend Teknologi?

by waidakmy on May 16, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar? :)

Hajat di hati untuk menulis tentang ‘Registry’. Tetapi, post sebegini memakan masa kerana saya perlu banyak membaca dan mengkaji dulu, supaya mudah untuk saya terangkan kepada anda apa itu registry dalam bahasa yang mudah.

Saya pasti, anda lebih suka saya update blog Wanita & Komputer ini sekarang, daripada 2,3 hari nanti, kan? kan? :D

Mengikut Trend Teknologi atau Tidak?

Too Much Gadgets

Kredit kepada Flickr: Alvy

Sambil duduk-duduk tadi, saya terfikir yang macam-macam stail gajet dah ada sekarang. Tak perlu pergi jauh. Tengok dua kategori saja sudah cukup, contohnya, data storage dan handphone.

Data Storage?

Awal-awal dulu semua pakai disket. Kemudian pakai CD pula. Selepas itu, USB thumbdrive pula yang popular. Apabila banyak format fail melibatkan gambar, lagu dan filem, DVD dan USB thumbdrive yang berGiga-giga pula yang diperkenalkan.

Terbaru USB thumbdrive 4Giga (ke 8Giga) pula ya?

Handphone?

Kalau sebut tentang handphone pula, tentu Apple iPhone yang paling hangat di Malaysia sekarang. Hari-hari tengok iklan iPhone tepi terowong KL Convention Centre pun dah terasa macam nak beli je hehe

iPhone at KLCC

Kredit gambar: Maro^gal

Tetapi…

Perlu ke semua itu?

Walaupun, saya sukakan teknologi dan suka cuci mata tengok gajet-gajet terkini, saya jarang untuk mengikut trend terkini. Komputer pertama saya, masih lagi komputer yang saya pakai sehingga kini. Sudah pun 8 tahun usianya (saya ni jenis yang setia :P ) Handphone yang saya pakai sekarang pun baru yang ke-4, sejak tahun 2000.

Kalau nak diturutkan kata hati dan beli semua teknologi, jawabnya kering dan kempislah poket saya. Lagi baik saya gunakan duit itu untuk backpacking ke seluruh dunia :D

Saya hanya membeli gajet mengikut keperluan saja. Kalau tak guna, tak belilah jawabnya. Senang cerita.

Pendek kata,

Saya memang tidak mengikut trend teknologi (and proud of it!)

Anda pula bagaimana?

Saya mahu dengar pendapat anda, tidak kira anda siapa pun. Jangan segan-segan ye ;)

-WK-

PS: Maafkan saya jika ada post-post dummy yang mengganggu kotak inbox anda semua. Saya sebenarnya sedang cuba Windows Live Writer. Software yang cool! Senang saya nak update blog kalau ada masalah nak akses blog ini dari Internet tiba-tiba

Next Page »