Mencari bluetooth dalam laptop
by waidakmy on July 12, 2010
in Asas Komputer
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Apa ada dengan gigi biru?
Ya. Blue tooth
Bluetooth adalah salah satu cara komunikasi gaya baru di antara dua alat. Ia termasuk dalam salah satu teknologi komunikasi tanpa wayar (wireless / wayarles).
Jika USB, itu berwayar kerana kita perlu sambungkan kedua-dua alat.
Dengan gigi-biru, kita hanya perlu pastikan kedua-dua alat memiliki teknologi ini. Kemudian, hidupkan sahaja bluetooth pada keduanya dan berkomunikasilah!
Kadangkala, alat kita, contohnya laptop, tiada fungsi bluetooth. Sama juga seperti telefon bimbit. Ia bergantung kepada jenis laptop atau telefon yang dibeli. Seperti Nokia 3310, ia tiada gigi biru, bukan?
Sekiranya alat kita tiada fungsi ini, kita boleh membeli perkakasan tambahan seperti ‘USB bluetooth adapter’.
“Menarik! Saya juga mahu guna fungsi ini! Tetapi…”
“Saya kurang pasti laptop saya ada atau tidak bluetooth.”
“Bagaimana saya boleh tahu laptop saya ada fungsi bluetooth?”
Ada dua cara mengetahuinya,
Satu.
Semasa beli, bertanyalah kepada penjual
Atau, lihat pada spesifikasinya.
Kedua.
Buka ‘Network & Internet’ atau ‘Network Connections’ dari ‘Control Panel’. Sekiranya laptop kita ada, akan ada indikasinya seperti ‘Bluetooth Devices’ contohnya.
Lihat gambar penuh tulisan Killer Tech Tips di sini.
Ketiga.
(Saya guna cara ini kerana saya lupa ada atau tidak bluetooth dalam netbook saya.)
Saya google perkataan ‘Bluetooth’ bersama nama model netbook saya untuk mencari spesifikasinya. Jadi, boleh cuba
Jumpa lagi!
Wassalam.
-WK-
Apa itu WiFi dan WiMax?
Salam dan Apa khabar semua?
Tak sangka planning saya untuk bercuti sekejap dipanjangkan lagi hehe gara2 terkena chicken pox. Tak pasal2 dapat cuti tambahan selama seminggu. Penat berjalan2 seharian di Geylang, Clarke Quay, dan China Town agaknya. Harap2 tiadalah orang dalam MRT yang terjangkit dari saya
Jadi, be careful for what you wish for!
Atas permintaan seorang pembaca setia WaidaKmy.com, saya akan sentuh tentang WiFi dan WiMax dalam post kali ini.
Apa itu WiFi dan WiMax?
WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar (wireless) untuk akses ke Internet.
Apa beza WiFi dan WiMax?
Konsep asas WiFi dan WiMax adalah lebih kurang sama, namun apa yang berbeza adalah WiMax jauh lebih laju, lebih luas liputannya dan boleh digunakan oleh ramai orang.
Lihat gambarajah di bawah (Nota: Jarak yang ditulis adalah sebagai anggaran saja)

Aplikasi WiFi dan WiMax berbeza
Bluetooth adalah teknologi tanpa wayar untuk jarak yang pendek (PAN) contohnya telefon bimbit ke telefon bimbit lain, komputer ke kamera dan lain2.
WiFi selalu digunakan untuk menyambungkan komputer2 dalam LAN seperti di rumah, kafe, lapangan terbang dan lain2.
Manakala WiMax pula untuk menyambungkan komputer2 di kawasan yang luas seperti satu negeri malah negara.
Oleh itu, walaupun WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar, kedua2nya adalah berbeza dari segi aplikasinya. Malah tak boleh dibandingkan secara terus sebab kegunaan kedua2nya berbeza.
Nota: Artikel di atas diolah semula dari HowStuffWorks
PS: Artikel ini sepatutnya ditulis semalam, tapi ada sedikit masalah teknikal. Maaf ya..


