Tips 3 – bolehkah PC anda dikategorikan selamat?

by on December 5, 2007
in Tips-Tips Komputer

Tips kali ini, apa ciri2 PC yang selamat & dilindungi

Adakah PC anda ada ciri2 di bawah ini?

1. Ada antivirus & sentiasa diupdate (wajib!!)

Untuk lindungi PC saya, saya gunakan AVG :D Program ini free saja, tak perlu bayar. Satu lagi antivirus perlu untuk backup, sekiranya program antivirus utama tidak dapat detect virus.

2. Ada firewall

Built-in windows firewall tak dikira. Kalau anda mahu, boleh dapatkan Comodo Firewall Pro. Memang best & user-friendly. Yang penting berguna untuk menghalang benda2 yang tak sepatutnya.

3. Ada spyware removal

Kadang2 feature ini built-in dalam program antivirus. Banyak yang free di internet. AVG pun ada offer spyware protection. Spybot S&D dan Lavasoft Ad-aware pun boleh dicuba. Pilih mana2 yang anda berkenan

4. Gunalah apa2 browser selain dari Internet Explorer (IE)

Bukan nak kondem IE. Banyak virus yang direka untuk IE kerana ramai pengguna IE. Untuk masuk dalam kategori PC yang selamat, bertukar lah ke Firefox atau Opera :D )

PS: Mari2 bertukar ke Firefox. Dapatkan installer Firefox di sini

Adios~~