Teknik tanda emel SPAM sebagai SPAM
by waidakmy on November 3, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar semua?
Update cerita WaidaKmy
(saya pun nak buat gaya snippets juga macam orang lain
)
1. Saya tengah mengumpul semangat ni hehe. Seram pula rasanya, tapi Insya Allah boleh
Saya akan interview seseorang yang berjaya dalam bidangnya. Wish me luck!! (update 9.34pm – alhamdulillah selesai..
)
2. Puas hati setelah berjaya buat temporary fix untuk pc saya ni ha ha *evil laugh* (boleh tengok apa masalah saya di sini). Cukuplah sementara nak hantar ke kedai. Harap2 orang tu datang ambil esok.
3. Selesai satu masalah, datang masalah lain pula. Degil sungguh trojan 2fiji.com ni (atau ckvo.exe) walaupun setelah dibuang berkali2 dari komputer (juga registry). Ada orang suggest pakai clorox haha. Memang patut pun. Saya patut ‘clorox’ aje (baca = format) komputer ni..
4. Belajar satu benda baru (berkait dengan no. 3). Sambung ke Internet dalam Safe Mode sangat berbahaya, kerana antivirus tak di-load. Firewall pun perlu buka secara manual. Jadi, berhati2 lah. Saya terperasan pun dah lambat, itu yang ada trojan terlepas masuk juga tu
Huu..panjang dah update saya ni. Jom lihat tips kali ini..
Tips ini adalah sambungan dari tips sebelumnya, dengan disertakan gambar.
Tandakan emel SPAM sebagai SPAM
Ada yang mengadu sebelum ini, banyak emel SPAM yang masuk ke inbox emel mereka. Sebenarnya, servis emel seperti Yahoomail atau Gmail, bukanlah bijak sangat untuk menapis sesetengah emel SPAM. Jadi, tugas kita lah untuk memberitahu mereka emel bagaimana yang kita rasa SPAM (lihat apa yang boleh dikategorikan sebagai SPAM).
Di bawah ni, ada gambar (yang self-explanatory), cara untuk kita beritahu Yahoomail atau Gmail, emel tersebut adalah emel SPAM. Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar (tekan back jika ingin kembali ke blog ini
)
Untuk Yahoomail
Untuk Gmail
Selamat Malam..





