Lajukan pc anda – buang fail dalam temp folder
by waidakmy on January 19, 2008
in Penyelenggaraan PC
Salam mesra buat pembaca2 Wanita & Komputer
,
Buat apa cuti hujung minggu ni? Ada apa2 plan yang menarik? Ke berehat2 di rumah saja? Ye lah, dah penat bekerja untuk 5 hari kan
? Saya pula, kalau hari sabtu dan ahad ni, sibuk juga la, ada saja benda nak buat untuk blog kesayangan hehe 
Dah lama saya tak sentuh topik tentang selenggara komputer. Tips yang saya dah pernah kongsi, defrag komputer dan scan disk hard disk.
Jadi, kali ni saya sentuh sikit pasal topik ni. Mudah saja teknik kali ni, tapi ramai yang tahu, dan kalau tahu pun, jarang2 buat. Boleh juga guna teknik ni untuk lajukan komputer. Lagi bagus kesannya jika anda buat teknik ni secara konsisten.
Buang fail dalam temp folder
Cara2 nak buka Temp folder (untuk pengguna Windows XP)
1. Right klik butang "Start".
2. Pilih dan klik "Explore".
3. Satu menu akan keluar di skrin. Di sebelah kanan pilih dan klik C:\ drive.

4. Klik satu folder "Temp" di dalam C:\ drive.
5. Buang semua fail di dalam folder itu. (Mungkin anda sesetengah fail yang tak dapat dibuang, kalau berlaku, biarkan saja faill tersebut)
6. Klik pula fail Windows juga di dalam C:\ drive, (Sila berhati2 di sini kerana fail Windows adalah fail yang TERAMAT penting, sila ikut arahan dengan berhati2).
7. Cari satu fail "Temp" di dalam folder Windows.
8. Ulang langkah 5. Jika situasi yang sama berlaku, abaikan saja fail yang tak boleh dibuang itu.
NOTA – tidak perlu anda buang fail2 di dalam Temp folder ini selalu, saya syorkan hanya 2 bulan sekali.
Untuk pengetahuan anda, mana2 fail yang tak boleh dibuang tu, kemungkinan besar, komputer anda sedang menggunakan fail itu. Fail2 yang wujud dalam Temp folder, terhasil bila anda membuka dan menutup mana2 fail dalam mana2 aplikasi contohnya Microsoft Word.
PS: Dalam artikel akan datang, saya akan ajar tips bagaimana anda boleh gunakan fail dalam Temp folder untuk kebaikan anda


