Asas Website Siri 2
by waidakmy on July 27, 2009
in Asas Internet
Salam dan Apa khabar?
Bagaimana dengan jawapan anda? Kena tepat pada sasarannya?
Kredit Gambar: Gare & Kitty
Jom sambung soalan ketiga dan keempat pula (Kuiz dan jawapan soalan 1 & 2)
3. Apa nama fail untuk muka depan website?
Index.html
![]()
Sebenarnya, tidak semestinya berakhir dengan .html. Ia boleh jadi index.php juga. Apa yang penting, ia mesti bernama index.
Cuba anda taip www.KitBlogging.com dan kemudian www.KitBlogging.com/index.html
Sama saja hasilnya bukan?
Jadi, muka depan website mesti bernama index supaya apabila ditaip www.AsasCpanel.com (contohnya), ia akan ada ‘sesuatu’. Bukan error ‘cannot be found’.
Soalan seterusnya…
4. Apa 3 proses dalam membina dan mengurus website?
Tentukan design dan Isi kandungan, Masukkan Ke Internet, dan Kemas kini
Pertamanya, tentukan reka bentuk dan isi kandungan website. (Dengan WordPress, hanya perlu cari theme yang sesuai, tak perlu lagi reka sendiri).
Kedua, setelah website anda siap. Ia perlu dimasukkan ke Internet supaya orang lain pun boleh melayarinya. Jika tidak mahu membayar kos domain dan hosting, anda perlulah mencari yang percuma seperti freewebs. Tetapi, website adalah di luar kawalan anda. Bila-bila saja ia boleh ditutup.
Ketiganya, mengemaskini website. Jika berformat HTML, perlu kemaskini website di komputer terlebih dulu. Kemudian, perlu dimasukkan (upload) versi yang baru ke dalam Internet semula.
Leceh bukan? Bayangkan, kalau perlu dikemaskini setiap hari. Itu sebab saya suka perisian CMS seperti WordPress ini.
Bacaan Tambahan: Tips Bina Blog
Jumpa lagi!
-WK-
Susah ke buat website?
by waidakmy on July 23, 2009
in Asas Internet
Salam dan Apa khabar?
“Ada website sendiri cool lah!”
Tak sangka pula saya. Ramai yang berminat untuk ada website sendiri rupa-rupanya (hasil pertanyaan tak rasmi pada pembaca setia WK). Namun, bila diimbas kembali, saya juga pasang impian untuk ada website sendiri sejak sekolah menengah lagi.
Ia tak pernah tertunai…
Hasil akhirnya tidak pernah melangkaui muka pertama pun. Tidak sepadan pun dengan usaha meng’khatam’kan kitab HTML setebal buku universiti lagaknya. Di kala budak Tingkatan 2 lain sibuk membaca novel, saya ke sana ke mari mengusung kitab HTML kepunyaan ayah. Semua gara-gara impian memiliki website sendiri.
Hasilnya tetap terhenti setakat index.html, seperti dulu. Bukan sukar isunya. MS Front Page seperti menggunakan MS Word saja. Apa yang mahu diletakkan di website yang lebih membingungkan saya. Kekal begitulah index.html yang separa siap itu, sehingga saya juga sudah terlupa akannya.
2007 Permulaan Segalanya
Semangat itu kembali semula dalam diri saya. Apabila saya diajak membuat website bersama rakan sepejabat. “Biar maklumat-maklumat projek ini disimpan setempat. Senang untuk orang tengok, “ kata orang atasan.
Sekali lagi, ia tidak menjadi. Dek kerana masalah polisi IT pejabat. Hasil yang tiga suku masak itu, cuma sekadar tersimpan dalam laptop. Sayang mengenangkan design sendiri yang telah dibuat dengan gigihnya (baca: kreativiti melukis saya datang jarang-jarang).
Sehingga Akhir Tahun 2007
Rupa-rupanya ia bukan terhenti setakat itu saja. Kekerapan melayari Internet bagi memahami bagaimana sesuatu website boleh diletakkan (publish) di Internet, membuka sesuatu yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.
”Rupa-rupanya ada cara lebih senang membuat website”
Tidak pernah terlintas di fikiran saya, blog itu juga suatu bentuk website. Apa yang berbeza, ia dalam bentuk jurnal. Lebih mudah lagi, dengan adanya platform blog yang diberi percuma seperti WordPress (baca: WordPress.org, bukan WordPress.com). Apa yang perlu dilunaskan adalah kos menyewa domain dan hosting saja.
Bukannya sukar untuk menyiapkan satu website biasa berformat HTML. Gunalah apa perisian pun, NVU, Kompozer atau Macromedia Dreamweaver. Ia tetap boleh disiapkan.
Sumber gambar : Caveman
Apa yang sukar, adalah mengemaskininya. Satu saja perubahan pada satu muka, harus dibetulkan kembali, mana yang berkait pada muka surat lain. Itulah sebabnya, saya hanya membuat minisite* saja dalam format HTML.
*Minisite – jenis website versi ringkas. Contoh (KitBlogging.com)
Sangat berbeza dengan WordPress. Ia sangat mudah diuruskan. Walau pada awalnya, ia mengambil masa untuk memahaminya. Namun, suka saya pada konsep website sebegini. Ia CMS, iaitu Content Management System, satu perisian mengurus isi kandungan.
Hasilnya?
Dan terciptalah satu website, juga blog bernama Wanita & Komputer di www.WaidaKmy.com
Okay. Masa untuk kuiz
- Berapa jenis website yang telah saya sebut dalam cerita di atas? Apakah dia?
- Apakah perisian untuk membuat website yang telah saya sebut?
- Apa nama fail untuk muka depan website?
- Apa 3 proses dalam membina dan mengurus website?
Semua jawapan ada dalam artikel di atas
Nantikan jawapannya dalam artikel seterusnya. Selang 1 hari dari sekarang!




