Tutorial: Salin DVD ke DVD lain

by waidakmy on July 19, 2009
in Tutorial Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

Sudut Tutorial datang lagi. Tutorial kita pada hari ini, iaitu

Bagaimana menyalin (copy) isi kandungan DVD ke DVD lain

Sebelum itu, perisian yang saya gunakan untuk melakukan proses ini adalah Nero 7 Essentials, yang saya dapat ketika membeli DVD Burner* dulu. Dan secara logiknya, anda perlu ada DVD Burner untuk melakukan tutorial ini. Tidak boleh dibuat dengan DVD drive biasa.

*DVD Burner – DVD drive yang boleh burn (tulis data) ke atas DVD kosong

Oh ya, untuk pengetahuan anda, sesetengah DVD ada perlindungan hakcipta, yang tidak membenarkan anda salin DVD itu ke DVD lain. Jadi, untuk kes sebegini, sama ada anda tidak dibenarkan menyalin DVD tersebut, atau jika berjaya, salinan DVD itu tidak akan berfungsi sama seperti DVD asal.

Bagaimana Copy DVD ke DVD lain?

  1. Buka Perisian Nero 7 Essentials.
  2. Nero 7 Essentials

    Nero 7 Essentials

  3. Masukkan DVD yang anda ingin salin (copy) itu.
  4. Pilih ‘Backup’ dan kemudian pilih ‘Copy DVD’.
  5. Menu Backup

    Menu Backup

  6. Tentukan ‘Source Drive’  dan ‘Destination Drive’ adalah betul.
  7. Menu Utama ISO

    Menu Copy DVD

  8. Pilih ‘Writing Speed’ yang sesuai. Saya biasanya pilih kurang sedikit daripada ‘Maximum’.
  9. Tentukan ‘Number of Copies’ seperti yang anda mahu. Perlu ditukar sekiranya anda mahu salin kepada lebih daripada 1 DVD.
  10. Tentukan di mana anda mahu simpan sementara fail image. Pastikan kapasiti harddisk mencukupi.
  11. Klik ‘Copy’ dan tunggu sehingga selesai
  12. Masukkan DVD-R kosong ke dalam DVD Burner anda.
  13. Tunggu hingga selesai.

Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Okay, semoga berjumpa lagi! Jangan lupa amalkan tutorial kali ini :)

Knowledge alone is not enough. Applied knowledge is power!

-WK-

4 format burn yang perlu difahami

Salam dan Apa Khabar? :)

Ada pembaca yang bercerita dengan saya sebegini,

“nak burn CD tapi tak berapa reti. just masuk CD dan klik perkataan burn. tetapi tak boleh pula nak pasang di TV”

Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda, yang sebenarnya ada 4 kategori utama format ‘burn’, iaitu

  1. Data CD
  2. Audio CD
  3. Videos/Pictures CD
  4. Image CD

dan seterusnya memahami bagaimana situasi di atas boleh terjadi.

Nota: Kategori ini ditulis berdasarkan perisian Nero

Apa itu Data CD?

Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.

Apa itu Audio CD?

Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.

Apa itu Videos/Pictures CD?

Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.

Apa itu Image CD?

Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.

Begitulah 4 jenis kategori utama format burn CD atau DVD. Semoga anda memahami kenapa CD yang diburn tidak boleh dipasang pada pemain VCD. Anda perlu menggunakan format burn yang sesuai, walaupun fail yang anda burn itu adalah format video sekali pun.

Jika masih tidak faham, saya berikan anda jawapannya di bawah ;)

Jumpa lagi!

-WK-

PS: Jika burn dengan cara masukkan CD dan klik ‘Burn’ (tanpa perisian, hanya guna Windows), ia akan burn CD tersebut sebagai Data CD :)