Tutorial Upgrade Blog

by waidakmy on January 10, 2010
in Tutorial Komputer

Assalamualaikum Wbt. dan Apa khabar? :)

Ruang masa yang ada kini, saya penuhi dengan menulis dan menulis. Mengejar matlamat gila untuk menyiapkan manuskrip secepat mungkin :D Namun, alang-alang upgrade blog ini kepada WordPress versi 2.9.1, saya pun ingin berkongsi tutorial ini.

(Maaf ya Nazri kerana lambat tulis…)

Kenapa Perlu Upgrade?

Jika ditanya kenapa perlu upgrade versi blog, saya akan tanya semula kenapa kita tidak mahu sesuatu yang lebih baru? Sudahlah ia diberi percuma!

Upgrade blog penting kerana versi baru biasanya membawakan lebih fungsi dan sekuriti kepada blog. Blog dengan versi lama lebih berisiko tinggi untuk diceroboh. Dan, pastinya dengan fungsi yang (kool) kurang.

Kenapa Upgrade Versi 2.9.1, bukan 2.9?

Secara umumnya, apabila sesuatu versi perisian bertambah nilainya, ada sesuatu yang telah dikemaskini oleh pembuatnya. Lebih besar nilai yang ditambah, lebih besar atau signifikan perubahannya.

Contoh versi mengikut signifikannya (disusun daripada perubahan kecil kepada besar)

  • 2.1.0 kepada 2.1.1
  • 2.1 kepada 2.2
  • 2.1 kepada 3.0

Apa yang kita perlu praktikkan adalah sama seperti susunan di atas. Utamakan perubahan kecil daripada besar. Perubahan kecil biasanya berkait dengan sekuriti, manakala yang besar biasanya berkait dengan fungsi. Oleh itu, lambat sedikit pun tidak mengapa.

Lagi satu perkara, apabila ada saja lompatan versi (contoh 2.1 kepada 3.0), versi 3.0 itu adalah versi beta (iaitu versi cuba – cuba). Disebabkan saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada kajian, saya akan tunggu sehingga versi itu berubah menjadi 3.1.

Sama juga kesnya, jika daripada 2.8 kepada 2.9. Melainkan Tuan Puan adalah seorang yang rajin mencuba dan memberi maklum balas kepada pembuat perisian, itu tidak mengapa :)

(Boleh baca di laman rasmi WordPress kenapa versi 2.9.1 dikeluarkan)

Tutorial Upgrade Kepada WordPress 2.9.1

Ini tujuan utama post ini ditulis. Sudah meleret-leret pula :P

1 – Login ke Dashboard masing-masing melalui ‘namadomainblog.com/wp-admin’

2 – Ada notifikasi di bahagian atas blog untuk update. Klik pada link yang diberi

3 – Sebelum upgrade, pastikan backup blog terlebih dulu.

Ada 2 cara untuk upgrade blog, iaitu secara manual atau automatik. Gunakan cara yang lebih senang, iaitu automatik. Jika bermasalah, baru gunakan cara manual.

4 -Klik pada ‘Upgrade Automatically’ dan tunggu saja ia selesai.

Proses ini selesai bila kelihatan perkataan ‘WordPress upgraded successfully’ :)

Selamat upgrade blog!

Wassalam. Jumpa lagi.

-WK-