Mencari bluetooth dalam laptop

by on July 12, 2010
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Apa ada dengan gigi biru?

Ya. Blue tooth :D

Bluetooth adalah salah satu cara komunikasi gaya baru di antara dua alat. Ia termasuk dalam salah satu teknologi komunikasi tanpa wayar (wireless / wayarles).

Jika USB, itu berwayar kerana kita perlu sambungkan kedua-dua alat.

Dengan gigi-biru, kita hanya perlu pastikan kedua-dua alat memiliki teknologi ini. Kemudian, hidupkan sahaja bluetooth pada keduanya dan berkomunikasilah!

Kadangkala, alat kita, contohnya laptop, tiada fungsi bluetooth. Sama juga seperti telefon bimbit. Ia bergantung kepada jenis laptop atau telefon yang dibeli. Seperti Nokia 3310, ia tiada gigi biru, bukan?

Sekiranya alat kita tiada fungsi ini, kita boleh membeli perkakasan tambahan seperti ‘USB bluetooth adapter’.

“Menarik! Saya juga mahu guna fungsi ini! Tetapi…”

“Saya kurang pasti laptop saya ada atau tidak bluetooth.”

“Bagaimana saya boleh tahu laptop saya ada fungsi bluetooth?”

Ada dua cara mengetahuinya,

Satu.

Semasa beli, bertanyalah kepada penjual :) Atau, lihat pada spesifikasinya.

Kedua.

Buka ‘Network & Internet’ atau ‘Network Connections’ dari ‘Control Panel’. Sekiranya laptop kita ada, akan ada indikasinya seperti ‘Bluetooth Devices’ contohnya.

Lihat gambar penuh tulisan Killer Tech Tips di sini.

Ketiga.

(Saya guna cara ini kerana saya lupa ada atau tidak bluetooth dalam netbook saya.)

Saya google perkataan ‘Bluetooth’ bersama nama model netbook saya untuk mencari spesifikasinya. Jadi, boleh cuba :)

Jumpa lagi!

Wassalam.

-WK-