Panduan Convert Fail Kepada PDF

by on February 18, 2008
in Panduan

Salam semua ,

Huhu, lama saya tak update blog ini. Ada dekat 6 hari juga. Maaf banyak2. Komputer saya rosak dari hari Rabu lepas. Tak sempat nak repair, sebab saya kena ke Miri atas urusan kerja sampailah hari Jumaat lepas. Hujung minggu baru2 ni, barulah saya berpeluang untuk tengok apa masalahnya huhu. Susah pakai program percuma dari Internet ni, nasib baiklah masih boleh dibaiki. Masalah kecil juga lah. Kalau sampai kena format komputer, haru juga dibuatnya, huhu.

Seperti yang saya war-warkan sebelum ni, saya dah pun siapkan satu laporan untuk pembaca2 Wanita & Komputer ni. Panduan Convert Format Dokumen – MS Word Kepada PDF. Percuma sahaja untuk anda semua. Tapi, untuk dapatkannya, anda perlulah mengisi nama dan emel anda di sebelah kanan anda, bawah tajuk Produk Percuma Dari WK.

Kenapa Saya Buat Laporan Ini?

Saya perasan ramai juga yang tak tahu bagaimana nak convert format fail kepada PDF. Sebenarnya, saya kena berterima kasih kepada kawan saya, Eddy. Sebabnya dari dia lah saya tahu yang perisian P******F boleh digunakan untuk convert fail kepada PDF. Selama ini, saya ingat, saya perlu ada Adobe Professional saja untuk convert fail kepada PDF. Betapa ketinggalan zamannya saya hoho.

Kenapa Anda Perlu Baca Laporan Ini?

Jika anda tak tahu cara nak convert format fail kepada PDF, muat turun dan baca Panduan Convert Format Dokumen ini. Moga2 laporan ini dapat membantu anda.

Kalaupun anda dah tahu (manalah tahu anda lagi hebat dari saya ), dalam laporan ini, saya ceritakan beberapa perisian yang anda boleh gunakan untuk convert fail kepada PDF. Ada juga cara yang tidak memerlukan anda install di pc anda. Untuk tahu, baca seterusnya di laporan tersebut.

Oklah, jumpa lagi di lain kali.. dengan lebih tips komputer yang menarik