Tutorial: Salin DVD ke DVD lain
by waidakmy on July 19, 2009
in Tutorial Komputer
Salam dan Apa khabar?
Sudut Tutorial datang lagi. Tutorial kita pada hari ini, iaitu
Bagaimana menyalin (copy) isi kandungan DVD ke DVD lain
Sebelum itu, perisian yang saya gunakan untuk melakukan proses ini adalah Nero 7 Essentials, yang saya dapat ketika membeli DVD Burner* dulu. Dan secara logiknya, anda perlu ada DVD Burner untuk melakukan tutorial ini. Tidak boleh dibuat dengan DVD drive biasa.
*DVD Burner – DVD drive yang boleh burn (tulis data) ke atas DVD kosong
Oh ya, untuk pengetahuan anda, sesetengah DVD ada perlindungan hakcipta, yang tidak membenarkan anda salin DVD itu ke DVD lain. Jadi, untuk kes sebegini, sama ada anda tidak dibenarkan menyalin DVD tersebut, atau jika berjaya, salinan DVD itu tidak akan berfungsi sama seperti DVD asal.
Bagaimana Copy DVD ke DVD lain?
- Buka Perisian Nero 7 Essentials.
- Masukkan DVD yang anda ingin salin (copy) itu.
- Pilih ‘Backup’ dan kemudian pilih ‘Copy DVD’.
- Tentukan ‘Source Drive’ dan ‘Destination Drive’ adalah betul.
- Pilih ‘Writing Speed’ yang sesuai. Saya biasanya pilih kurang sedikit daripada ‘Maximum’.
- Tentukan ‘Number of Copies’ seperti yang anda mahu. Perlu ditukar sekiranya anda mahu salin kepada lebih daripada 1 DVD.
- Tentukan di mana anda mahu simpan sementara fail image. Pastikan kapasiti harddisk mencukupi.
- Klik ‘Copy’ dan tunggu sehingga selesai
- Masukkan DVD-R kosong ke dalam DVD Burner anda.
- Tunggu hingga selesai.
Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas
Okay, semoga berjumpa lagi! Jangan lupa amalkan tutorial kali ini
Knowledge alone is not enough. Applied knowledge is power!
-WK-






