Tips 31 – kepentingan buat partition harddisk

by on June 4, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam mesra semua :)

Sambungan dari Tips lalu, Tips 30 Wanita & Komputer.

Untuk yang hanya ada 1 hard disk saja, jika baru membeli atau selepas format, insist (paksa hoho) kedai untuk buat 2 partition untuk 1 harddisk. Satu C: drive dan satu lagi D: drive la kan :)

Jika sudah pun ada data dalam hard disk, saya tak berani nak suruh anda buat partition, kerana saya sendiri pun tak pernah buat. Saya hanya akan buat partition selepas saya format komputer tu (kerana tiada data di dalamnya). Ada sesiapa yang boleh rekemen perisian (telah dicuba) untuk buat partition dengan jayanya?

Tak apalah, sekurang2nya anda sudah tahu kepentingan mempunyai 2 partition dalam satu harddisk :)

Sama juga konsep macam tips lepas, simpan fail windows dalam C: drive, dan simpan fail2 penting anda dalam drive lagi satu.

Kekurangan cara ini berbanding tips lepas?

Oleh sebab fail disimpan dalam harddisk yang sama, kemungkinan untuk fail hilang jika anda fomat C: drive masih ada. Apa pun, sangat penting anda buat backup fail2 yang ‘teramat’ penting ke dalam CD, DVD atau external harddisk.

Oh ya, kalau ada techician komputer yang membaca blog ini (macam ada je hehe), jika anda defrag harddisk terlebih dulu, baru anda format C: , hilang tak fail dalam drive satu lagi? Kalau memang anda buat begini, minta kongsikan pendapat anda di ruang komen :) Terima kasih

Saya pernah cuba cara ini dan berjaya. Tiada data hilang ketika format C: drive saja. Cuma cara ini tidak dicuba ke atas komputer lain berulang kali, keberkesanan peratusannya saya tidak tahu. Dengan kata lain, try at your own risk hoho

Jika dah tersimpan dalam satu drive (contohnya C:) saja buat masa ini?

Nota – Saya tambah ini kerana komen panjang lebar (saya hargainya) dari saudara GBuddy (awak telah berjaya men’saiko’kan saya huhu, mungkin ini bukan apa yang awak harapkan, maafkan saya…)

Maafkan saya. Tiada cara lain. Cepat2 buat backup pada tempat lain. Jika data yang tersimpan terlalu banyak, boleh beli external harddisk 3.5″ atau 2.5″ (saya tau ramai yang suka simpan movie dan anime :D )

Jangan sudah terhantuk baru terngadah (betul ke ni? macam salah je hehe) Saya dah terkena perkara ini (rasa menyesal tu tak usah ceritalah), jadi sila2 lah buat backup…

Jumpa lagi lain kali :)