Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop
by waidakmy on January 18, 2009
in Panduan, Tips-Tips Komputer
Apa khabar?
Lambakan jenama komputer peribadi memang memeningkan lebih2 lagi ketika PC Fair. Namun begitu, bukanlah susah untuk memilih, kerana prosesnya sama saja seperti anda membeli baju (melainkan anda jenis yang main ambil saja baju di rak
)
Apa yang penting sekali dalam proses membeli komputer, anda mesti tentukan yang
Anda ini tergolong dalam kumpulan pengguna komputer yang bagaimana?
Ringkas kata, ada 3 jenis kumpulan pengguna komputer peribadi
Nama2 yang saya beri ini hanyalah rekaan saya semata2 . Jangan la pula anda Google, pasti anda tak akan menjumpainya di mana2.
A – ‘Mini’ yang mudah
Kumpulan jenis ‘Mini’ ini, penggunanya sering menggunakan komputer mereka untuk kerja2 komputer yang sangat asas, antaranya
- Menggunakan Office (Word, Excel, Power Point dll)
- Melayari Internet
- Editing gambar yang simple2
- Main game yang simple contohnya Solitaire, Zuma, DinerDash dll)
- Tengok cerita DVD atau CD
Pendek kata, mudah2 je penggunaan komputer mereka ini..
B – ‘Gempak’ yang canggih
Kumpulan pengguna ‘gempak’ ini pula, kerja pengkomputeran (computing) mereka banyak melibatkan grafik, bunyi atau animasi. Golongan pemain tegar game2 canggih (antara tanda game yang canggih adalah pada ketelitian grafiknya, contoh Dracula 3) juga termasuk kategori ini.
Kumpulan ‘gempak’ ini juga melakukan kerja2 yang sama seperti kumpulan ‘mini’
C – ‘Mobile’ yang sibuk
Bagi kumpulan ‘mobile’, mereka ini sering membawa komputer mereka ke mana2 saja mereka pergi. Maklumlah, mungkin mereka sibuk menguruskan kerja2 ofis, ataupun urusan bisnes Internet mereka. Pendek kata, orang dalam kategori ini, tidak boleh duduk diam di satu tempat, atau cepat bosan berada di satu tempat.
Kaitan 3 kumpulan itu dengan memilih komputer?
Bila dah tahu anda tergolong dalam kumpulan mana, barulah anda pilih sama ada nak membeli laptop atau desktop, kemudian tetapkan kriteria yang sesuai dengan kumpulan anda.
Contohnya – kumpulan ‘Gempak’ perlu fokus lebih pada processor, RAM, dan grafik kad.
Jadi, fikir2kan dalam kumpulan manakah anda?
‘Mini’ yang mudah?
atau
‘Gempak’ yang canggih?
atau
‘Mobile’ yang sibuk?
PS: Maaflah memeningkan anda dengan artikel ’3 dalam 1′ lepas



