Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?
by waidakmy on April 23, 2009
in Troubleshooting PC
Salam dan Apa khabar?
“Lama dah saya tak pakai desktop kat rumah tu. Bila nak guna, tiba-tiba saja dah tak boleh akses Internet “, Zaki meluahkan masalahnya
“Macam-macam kemungkinan itu. Boleh jadi network card yang rosak, atau ada masalah dengan network. Perlu check satu-satu, baru boleh tahu masalahnya di mana“, Hadi cuba membantu
Benar, apabila menghadapi masalah tidak boleh akses Internet, macam-macam kemungkinan yang ada. Jadi, kita memang perlu jadi ‘detektif sementara’ untuk siasat di mana punca masalah tidak boleh akses Internet itu
Cara Detektif ‘WK’ Siasat Masalah Ini

Sumber: Flickr
1. Semak hardware (network card atau adapter) elok atau tidak?
Untuk pastikan network card atau adapter saya elok, saya akan pastikan komponen ini dipaparkan dalam senarai ‘Device Manager’, tanpa ada sebarang ikon sebegini

Sumber: AskCreative
*Jika ada ikon seperti di atas, saya akan re-install balik driver untuk komponen ini
Bacaan Tambahan:
Bagaimana membuka Device Manager?
2. Uji sambungan Internet guna teknik Ping
Saya akan ping dua tempat ini, iaitu laman web Google dan default gateway bagi network. Jawapan yang saya terima untuk kedua-dua ujian ping ini, saya akan bandingkan dan fikir di manakah tempat bermula masalah akses Internet ini
Bacaan Tambahan:
Penerangan lanjut tentang teknik Ping
3. Selesaikan masalah!
Jika hardware yang rosak, saya akan gantikannya dengan network card atau adapter baru
Jika ada masalah dengan driver hardware, saya akan re-install atau dapatkan perisian driver dari sumber lain. Contohnya, laman web syarikat network card atau adapter
Jika router/modem yang bermasalah, saya akan cuba akses router dengan komputer lain untuk mengujinya (sama dengan langkah 1 dan 2). Andaikan masalah itu hanya terjadi pada komputer yang bersambung secara wireless dengan router terbabit, saya akan cuba pula sambung ke router menggunakan wayar. Ulang kembali ujian yang sama. Kalau sah router atau modem rosak, tukar dengan yang baru.
Jika ada masalah daripada router/modem ke penyedia Internet, saya akan telefon saja hotline Streamyx, Celcom Broadband atau Maxis Broadband
Begitulah cara Detektif WK menyelesaikan masalah kali ini, “Masalah Tidak Dapat Akses Internet”
Sekian laporan untuk kali ini…
Roger and Out
-WK-
Apa itu Device Manager?
by waidakmy on April 20, 2009
in Troubleshooting PC
Salam dan Apa khabar?
Sering orang bertanya pada saya,
“Bagaimana nak tahu apa yang ada dalam komputer saya?”
“Saya tak pastilah saya gunakan network card yang bagaimana”
“Berapa jumlah harddisk dalam komputer saya?”
Untuk mengetahui apa yang ada di dalam komputer anda TANPA membukanya dan juga meng-install apa-apa program tambahan, anda hanya perlu membuka apa yang dipanggil ‘Device Manager’
1. Klik kanan pada ‘My Computer’. Pilih ‘Manage”

2. Klik ‘Device Manager’ pada menu ‘Computer Management’

Di sini, anda boleh melihat semua komponen komputer yang terdapat dalam komputer anda. Katakan yang saya ingin tahu network card apakah yang ada dalam komputer yang sedang saya guna (andaikan konon-kononnya saya tak tahu
)
Apabila saya semak pada ‘Device Manager’, saya lihat ada ‘802.11b USB 2.0 Wireless LAN Adapter’ pada ‘Network Adapters’. Maka, saya tahulah network card yang ada dalam komputer ini, dari jenis USB Wireless LAN Adapter.
Andaikan anda sambung satu komponen, contohnya Printer, pada slot USB komputer anda, ia akan kelihatan pada submenu ‘Universal Serial Bus Controllers’. Jika tidak kelihatan, ini bermakna komputer anda tidak dapat mengesan komponen anda
Okay, selamat ‘explore’ Device Manager anda!
-WK-



