Blog Wanita & Komputer menyokong Earth Hour
by waidakmy on March 27, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa khabar?
Dah guna teknik ping yang saya kongsi pada post lepas?
Saya baru saja guna teknik ping ini semalam bila ada masalah untuk sambung ke modem baru (modem lama saya kan terbakar kena kilat). Jika anda tak cuba lagi, apa kata cuba teknik ping itu?
Sebenarnya, saya tulis post ini untuk wara-warakan pada anda semua tentang usaha Earth Hour

Jadi, mari kita bergelap beramai-ramai esok!
Nota: Gambar telah dicedok dari blog YusrizalRazak
Padamkan lah mana2 lampu yang tak pakai itu. Tutup lah mana2 suis yang tak diguna itu. Rehatkan lah komputer kita yang selalu didera 24 jam itu
Mungkin ada yang berkata usaha ini tiada signifikannya. Ya lah, setakat tutup lampu dan suis, apa lah sangat efeknya kepada Bumi
Namun, bagi saya, apa saja usaha yang kita lakukan walau sekecil mana pun, impaknya tetap akan ada..
Air yang mengalir turun ke atas batu yang keras, lekuk juga akhirnya bukan?
Yang Akan Tutup PC Esok,
-WK-
PS: Apa kata jimatkan sedikit elektrik dengan ubah setting komputer anda?



