Tutorial: Pindah My Doc Ke Drive Lain
by waidakmy on June 21, 2009
in Tutorial Komputer
Salam dan Apa khabar?
Saya pernah kongsikan tips elak fail – fail penting hilang ketika format suatu masa dahulu. Selain daripada menyimpan terus fail dalam drive selain C (bukan di drive C tau!), Shahrul ada menyarankan untuk pindahkan target folder My Document ke drive D.
Almaklumlah, saya tahu ramai di antara anda yang mempunyai tabiat menyimpan fail dalam My Document (termasuklah saya! kadang-kadanglah heh). Jadi untuk menyenangkan saya, saya pindahkan folder My Document ke drive D.
Bagaimana Memindahkan Target My Document ke Drive D?
1. Klik kanan pada ‘My Document’
2. Pilih ‘Properties’

3. Pada menu ‘My Document Properties’ (seperti pada gambar), klik ‘Move’

4. Pada menu ‘Select A Destination’, pilih folder baru yang anda mahukan. Katakan anda mahu pindah ke drive D. Jadi, pilih drive D, dan klik ‘Make New Folder’. Namakan folder itu, ”My Document’. Kemudian klik ‘Ok’

5. Pastikan folder yang betul pada ruang ‘Target’. Jika betul, klik ‘Ok’
Nota: Tak semestinya anda wajib pindahkan ke drive D. Mungkin anda mempunyai drive lebih daripada 2, jadi pindahkanlah folder tersebut ke mana-mana drive yang anda mahu
Nota lagi: My Docs dalam gambar di atas adalah My Document. Saya telah rename folder My Document kepada My Docs hehe
Sekianlah ruangan Tutorial untuk kali ini
-WK-



