Ikut atau Tidak Trend Teknologi?
Salam dan Apa khabar?
Hajat di hati untuk menulis tentang ‘Registry’. Tetapi, post sebegini memakan masa kerana saya perlu banyak membaca dan mengkaji dulu, supaya mudah untuk saya terangkan kepada anda apa itu registry dalam bahasa yang mudah.
Saya pasti, anda lebih suka saya update blog Wanita & Komputer ini sekarang, daripada 2,3 hari nanti, kan? kan?
Mengikut Trend Teknologi atau Tidak?

Kredit kepada Flickr: Alvy
Sambil duduk-duduk tadi, saya terfikir yang macam-macam stail gajet dah ada sekarang. Tak perlu pergi jauh. Tengok dua kategori saja sudah cukup, contohnya, data storage dan handphone.
Data Storage?
Awal-awal dulu semua pakai disket. Kemudian pakai CD pula. Selepas itu, USB thumbdrive pula yang popular. Apabila banyak format fail melibatkan gambar, lagu dan filem, DVD dan USB thumbdrive yang berGiga-giga pula yang diperkenalkan.
Terbaru USB thumbdrive 4Giga (ke 8Giga) pula ya?
Handphone?
Kalau sebut tentang handphone pula, tentu Apple iPhone yang paling hangat di Malaysia sekarang. Hari-hari tengok iklan iPhone tepi terowong KL Convention Centre pun dah terasa macam nak beli je hehe

Kredit gambar: Maro^gal
Tetapi…
Perlu ke semua itu?
Walaupun, saya sukakan teknologi dan suka cuci mata tengok gajet-gajet terkini, saya jarang untuk mengikut trend terkini. Komputer pertama saya, masih lagi komputer yang saya pakai sehingga kini. Sudah pun 8 tahun usianya (saya ni jenis yang setia
) Handphone yang saya pakai sekarang pun baru yang ke-4, sejak tahun 2000.
Kalau nak diturutkan kata hati dan beli semua teknologi, jawabnya kering dan kempislah poket saya. Lagi baik saya gunakan duit itu untuk backpacking ke seluruh dunia
Saya hanya membeli gajet mengikut keperluan saja. Kalau tak guna, tak belilah jawabnya. Senang cerita.
Pendek kata,
Saya memang tidak mengikut trend teknologi (and proud of it!)
Anda pula bagaimana?
Saya mahu dengar pendapat anda, tidak kira anda siapa pun. Jangan segan-segan ye
-WK-
PS: Maafkan saya jika ada post-post dummy yang mengganggu kotak inbox anda semua. Saya sebenarnya sedang cuba Windows Live Writer. Software yang cool! Senang saya nak update blog kalau ada masalah nak akses blog ini dari Internet tiba-tiba
PC Fair kembali lagi..
by waidakmy on December 11, 2008
in Coretan WK, Teknologi, Umum
Salam dan Apa khabar semua?
Sekadar post ringkas dari saya..boleh juga dikatakan pengumuman
Bagi yang ingin membeli aksesori komputer, jangan lupa berkunjung ke PIKOM PC Fair.
Bila: 12/12/08 (Jumaat) – 14/12/08 (Ahad)
Tempat: KL Convention Centre
Masa: 11 pagi ke 9 malam
Nota- Pada yang tak tahu nak datang ke KL Convention Centre, ambil saja PUTRA LRT (sekarang dikenali sebagai Kelana Jaya Line) ke stesen KLCC. Kemudian, berjalan ke arah KLCC sehinggalah anda nampak pokok krismas yang paling tinggi di Malaysia
(hanya applicable pada bulan 12 saja ya), kemudian belok ke kiri dan terus sehingga nampak Maybank. Susur lalu ikut terowong di sebelah Maybank. Naik escalator ke atas, dan anda akan jumpa KL Convention Centre di sebelah kanan anda.
Jangan la pula tanya saya, macam mana nak datang KL
Tak sempat datang ke KL, PIKOM PC Fair di Johor Bahru pun ada nanti.
Mungkin saya juga akan singgah2 di sana esok pada tengahari, jika keadaan mengizinkan heh. Lama juga saya tak tengok perkembangan terkini gajet2 komputer. Harap2 tidak penuh dengan manusia sangat.
Oh ya, kalau malas mahu bersesak2 di PIKOM PC Fair, berkunjunglah ke Low Yat. Anda akan dapat tawaran yang sama selalunya
Jumpa di sana esok~~




