Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop

Apa khabar? :)

Lambat pula kali ini saya update. Maafkan saya. Sibuk mengemas barang2 lama. Tak sangka banyak juga “junk” yang telah dikumpul :D

Pertanyaan yang saya dapat dari saudara Husni,

Salam,
laptop saya kalau sambung kat lcd,gambar di skrin lcd sahaja yang nampak,x nampak di skrin
laptop walaupun dah tekan fn f3,macamana nak soft problem untuk nampak kedua2 skrin.

Untuk membolehkan kita nampak paparan pada kedua2 skrin (laptop dan LCD), bergantung kepada jenis laptop. Contohnya, laptop saya, brand HP boleh paparkan pada skrin laptop dan LCD. Brand Fujitsu pun saya pernah tengok orang buat sebegitu. Saya rasa bergantung kepada berapa lama usia laptop anda berbanding brand. Jika lebih baru laptop, lagi tinggi kebarangkalian untuk boleh dipaparkan pada kedua2 skrin.

Oh ya, untuk pengetahuan, kita memang boleh sambungkan LCD monitor kepada laptop. Selalunya, supaya boleh melihat dengan jelas. Ya lah, skrin laptop kita comel saja :) Lebih puas tengok movie di skrin LCD monitor berbanding skrin laptop.

Sambungkan LCD monitor ke laptop

  1. Sambungkan kabel VGA LCD monitor kepada VGA port di laptop
  2. Sambungkan juga kabel kuasa monitor kepada punca elektrik dan hidupkan monitor.
  3. Gambar akan muncul secara automatik di skrin monitor, atau boleh  jadi juga anda perlu tekan sesetengah kekunci keyboard untuk menukar gambar kepada skrin monitor. Lihat pada kekunci keyboard laptop, dan cari gambar monitor. Selalunya pada kekunci F3, F5, F8 atau F9. Jangan lupa tekan kekunci Fn bersama2 kekunci monitor tersebut.

Contoh VGA Port di Laptop

Contoh VGA port di laptop

Selamat mencuba!! :)

PS: En Zainal Ali bin Suhaimi, minta tolong hubungi saya. Boleh guna ruang “Hubungi Saya” di bahagian atas. Jangan lupa sertakan alamat email yang betul. Terima kasih!