Tips 33 – Sembunyikan fail rahsia anda!!

by waidakmy on June 22, 2008
in Tips-Tips Komputer

Apa khabar? :)

Sepatutnya saya tulis post ni Jumaat lepas. Tapi ralit pula main game Sherlock Holmes: The Case of The Silver Earrings :P . Ya, saya memang penggemar game Role Playing Game (RPG). Oh ya, jika anda pun penggemar RPG macam saya, dapatkan hint untuk walkthrough game dari UHS. Yang bagusnya UHS ni, tak perlu baca keseluruhan walkthrough, hanya perlu klik link berkaitan untuk dapatkan hint tertentu. Biasalah kan, main RPG ni selalu ter’stuck’ heh, sekali sekala mesti cari hint juga kan? ;)

Ok, tips kali ini tentang macam mana kita nak sorokkan fail2 rahsia kita dari pandangan umum ;)

Ada 2 cara yang saya tahu. Tambahan 1 cara lagi, saya baru belajar bila melawat website saudara Jebat ni. Menarik juga cara Jebat ni. Memandangkan Jebat dah tulis lengkap siap dengan gambar, tak perlu lah saya ulang lagi di sini. Saya dah pun cuba, memang menjadi! :) Malangnya hanya untuk pengguna desktop. Trik ini tak menjadi untuk laptop. Nak tahu kenapa, kena baca juga di ruang komen post terbabit ;)

2 cara yang saya tahu, salah satunya menggunakan perisian. Ini biasa saja saya rasa. Hanya taip “folder lock software” di Google, mungkin boleh dapat, sama ada berbayar atau percuma. Saya kurang gemar cara ini sebenarnya, kerana ia akan mewujudkan satu masalah lain pula. Iaitu, masalah terlupa password, kerana selalunya, perisian folder lock sebegini gunakan konsep “encrypt” dan password.

1 cara lagi, konsepnya senang saja tapi taklah dapat sembunyikan folder anda seratus peratus, kerana masih boleh diketahui jika seseorang itu tahu caranya. Namun, jika setakat hendak elakkan anak2 atau kawan2 yang terlebih sibuk, cukup saja dengan cara ini :)

Cara sembunyikan fail atau folder

  • Klik kanan pada folder dan pilih “Properties”
  • Pada menu “Properties”, pada bahagian “Attributes”, klik pada kotak “hidden”
  • Klik “Ok”

Anda akan dapati folder anda akan tersorok pada pandangan anda. Oh ya, bagaimana anda sendiri nak buka folder itu?

2 cara juga :)

  1. Taip nama folder pada ruang “Address” di bahagian ruang atas di mana folder itu berada. Katakan folder yang disorok itu bernama “rahsiaXX” dan berada di drive D:/. Masuk ke drive D:/ seperti biasa, dan taip “D:/rahsiaXX” di ruang “Address”. Folder “rahsiaXX” akan terbuka.
  2. Atau, tukar setting folder kepada “Show Hidden Folder”

Cara setting “show hidden folder”

  • Buka mana2 folder
  • Pilih menu “Tools” dan klik “Folder Options”
  • Pilih tab “View” dan pada menu “Advanced Settings”, cari pilihan “Hidden files and folder”
  • Klik pada “Show hidden files and folders” dan klik “Ok”

Anda akan dapati, folder yang anda sorok awal tadi, akan muncul. Tapi, ada sedikit perbezaan dengan folder lain. Folder yang disorok atau hidden folder, warnanya agak kabur sikit berbanding folder biasa. Untuk sorokkan kembali, jangan lupa tukar setting kepada “Do not show hidden files and folders”.

Itu saja :)