Ikona Maps – Revolusi Antivirus Gaya Baru
Salam dan Apa khabar?
Saya keletihan…
Minggu ini amat memenatkan buat saya. Minda dan fizikal. Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan suatu ‘perubahan’ setelah 1 tahun berada di takuk yang sama.
Justeru, saya memang tidak upaya langsung membalas emel-emel dan komen-komen yang mendatang, walaupun sudah dibaca. Saya hargai kesemuanya (walau ada di antaranya ditulis seolah-olah saya ini orang suruhan saja bunyinya). Saya akan balas apabila ada ruang masa nanti, Insya Allah.
Hormatilah masa yang saya curahkan untuk membalas kesemua emel itu. Saya tidak pernah minta pun dibayar, masa yang dihabiskan untuk membalas kesemua itu. Cuma, saya pinta, tulislah dengan berhemah, walaupun kita tidak pernah bersua muka.
Terima kasih!
Antivirus Dengan Teknologi Baru?
Apa yang buat saya tertarik dengan Ikona MAPS, adalah kelainannya daripada perisian antivirus sedia ada. Berdasarkan apa yang saya baca, 2 ciri yang menarik perhatian saya, adalah
- Tidak perlu dikemaskini selalu
- Perisian stand-alone seratus peratus
Baca lebih lanjut di Kosmo atau dapatkan penerangan lanjut dari website utamanya, Ikona MAPS.
Kalau Ikona seperti apa yang dia cakapkan, saya pun mungkin akan membelinya. Punca utamanya, saya ingin tahu sangat, cara perisian antivirus Ikona ini berfungsi
Kita tunggu dan lihat…
-WK-
PS: Namanya seperti Ikano saja hehe
PSS: Pihak Ikona MAPS tidak mahu beri peluang saya test drive ke?


