Pernah dengar Windows ME?
by waidakmy on November 16, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar semua?
Woh..2 minggu lebih rupanya saya tak menulis di sini. Manakan tidak, komputer saya rosak (tak boleh nak start dah), quick fix yang saya ceritakan sebelum ini tak berkesan agaknya
Sekarang ini, ia dah pun selamat dihantar ke kedai. Kalau ada alat, mahu saja saya troubleshoot sendiri. Bosan tak ada komputer nih kalau lama2
Mujur la ada laptop lama kepunyaan famili saya. Laptop ni dah nak masuk 7 tahun umur dia. Masih elok, cuma disimpan saja lah, sebab kami dah ada laptop lain yang lebih baru. Patutlah orang kata, yang lama jangan dilupakan, ada masa berguna juga
Laptop brand apa? Laptop Fujitsu
Jadi tahulah anda sekarang kenapa saya gemarkan brand Fujitsu
Laptop ini boleh dikategorikan sebagai ‘oldies’ juga, sebab ia pakai WIndows ME. Bukan WIndows XP, bukan juga Vista. Pastilah kan? Dah 7 tahun umurnya. Silap2 ada antara anda yang tak pernah dengar atau guna pun Windows ME ni. Saya pun dah hampir lupa tentangnya. Lagi2 bila dah seronok pakai Windows XP.
Apa itu WIndows ME?
Windows ME adalah sistem operasi komputer keluaran Microsoft sebelum Windows XP. ME itu adalah singkatan dari Millenium Edition. Sebut tentang millenium, dah pastilah ia dikeluarkan pada tahun 2000
Ingat isu Y2K? Pada tahun yang sama la tu. Tapi, tak bertahan lama. Dalam masa setahun dah dilawan oleh Windows XP.
Pastilah, banyak perbezaan antara Windows ME dengan XP. Masa saya guna XP, ada sesetengah fungsi yang saya ambil mudah. Bila dah guna ME, baru tahu dan sedar, rupa2nya fungsi ini tak ada dalam ME. XP juga lebih user-friendly dan lebih kepada grafik berbanding ME.
Ok, ini saya print screen gambar dari laptop ini. Cuba bandingkan dengan komputer anda (pergi ke Menu Add/Remove Programs di Control Panel). Berbeza bukan?
(Klik pada gambar untuk gambar penuh)
Anda mungkin terasa buruk hoho, ya lah berbanding dengan XP kan?
XP lebih lively dan berwarna. Tapi, ada juga yang suka begini, mungkin kerana lebih mudah dan simple.
Oh ya, satu kelebihan XP, dengan XP, anda tak perlu install driver untuk mouse (USB). Saya baru sedar, di WIndows ME, saya perlu ada driver untuk install mouse. Tapi, tak boleh salahkan ME juga, kerana pada masa itu, mouse kebanyakannya adalah menggunakan penyambung jenis PS/2 (sama seperti penyambung keyboard).
Kekurangan menggunakan komputer lama
Selain dari sudah terlalu biasa menggunakan Windows XP, saya juga terpaksa mencari program2 lama untuk memastikan laptop ini dapat digunakan. Bayangkan, Mozilla Firefox yang saya pakai ini, adalah dari versi 1.0. Versi 3.0 (terbaru) tidak disokong oleh laptop ini. Ada juga program2 lain, yang saya perlu cari kembali, kerana tak semua program baru disokong oleh Windows ME. Mujur ada website ini, untuk saya cari kembali program2 versi lama
Ok lah..kali ini saya hanya berkongsi info tentang Windows ME
Jumpa lagi di lain kali…
PS: Saya juga sibuk dengan servis ini sekarang, jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi kami di sini



