Kenal Error Message Ketika Skrin Biru

by on March 1, 2010
in Penyelenggaraan PC

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Biasa mendengar istilah ‘Blue Screen of Death‘?

Perkataan ringkasnya B-S-O-D. Kalau orang kita, suka sekali menyebutnya sebagai,

“Komputer saya keluar skrin biru!!”

Blue Screen of Death(Kredit gambar: ACA System Restore)

Skrin biru lambang kematian ini, agak digeruni sesetengah orang. Ia petanda sesuatu yang agak ‘kronik’ telah berlaku kepada komputer kita.

Terima mesej ‘kematian’, apa perlu kita buat?

Pertama, jangan panik! (^_^) (Tarik nafas kemudian lepas)

Kedua, jangan tutup komputer.

Ketiga, cari maklumat error daripada skrin biru itu.

Update (2/3/2010): Tidak sempat lihat BSOD, komputer terus restart? Boleh cuba teori saya, iaitu tekan butang ‘Pause’ pada keyboard.

Update (7/3/2010): Mematikan automatic restart untuk BSOD

?http://www.watchingthenet.com/disable-automatic-restarts-with-blue-screen-of-death.html

“Tetapi, saya tidak faham Waida. Semuanya bahasa komputer sahaja.”

Maklumat error itu memang seperti bahasa komputer atau programming. Tidak perlu bersusah payah memahaminya. Abaikan maklumat lain. Perhatikan maklumat di dalam kotak kuning pada 3 contoh di bawah.

Contoh Maklumat Error ketika BSOD

Blue Screen of Death 1

Kredit Gambar 1 : Technabob.com

Blue Screen of Death 2

Kredit Gambar 2: ACA System Restore

Blue Screen of Death 3

Kredit Gambar 3: Lifehacker

Apa Kita Buat Dengan Error?

*Sedikit pembongkaran rahsia daripada saya

Sebenarnya, saya juga tidak faham sesetengah error itu. Tetapi, prinsip saya, apa yang kita tidak faham itu boleh dicari. Maka, apa yang saya amalkan, salin atau hafal juga walaupun tidak faham langsung. Kemudian, cari maksudnya di Internet.

Contoh Error:

IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL

Penyelesaian:

Copy ayat di atas, kemudian paste di Google. Mulakan pencarian. Cari masalah yang hampir serupa dengan kita. Kemudian baca penyelesaiannya. Ambil penyelesaian yang paling mudah kita faham. Itu sahaja! (^_^)

Contoh Cari Error Di Google

Jumpa lagi!

-WK-