Pengalaman Buruk Dengan Komputer

by waidakmy on January 4, 2010
in Coretan WK

Assalamualaikum Wbt. dan Apa Khabar? :)

Sengaja saya menanti datangnya tahun baru 2010 sebelum menulis sesuatu di sini. Dan, masih belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog Wanita & Komputer, tidak kira di mana pun Tuan Puan membaca. Sama ada terus di blog WK ini, dari FaceBook, atau di Google Reader.

3 hari tahun baru ini telah pun saya mulakan dengan menulis. Insya Allah, saya ingin melunaskan impian memiliki buku fizikal tahun ini. Amin. Saya juga mendoakan Tuan Puan yang sedang membaca artikel ini, mencapai cita-cita 2010 mereka :)

Artikel kali ini, lebih kepada sembang-sembang komputer. Asyik saya sahaja yang berkongsi cerita dengan pembaca semua. Jadi, kali ini, saya ingin pula mendengar cerita dari pembaca semua.

Apa pengalaman manis atau buruk ketika berurusan dengan barang-barang berkaitan komputer? Membeli atau membaiki contohnya.

Saya akan kongsikan cerita salah seorang pembaca WK untuk tatapan Tuan Puan semua pada artikel akan datang ;)

Saya juga ada cerita lama. (Sudah hampir-hampir lupa sebenarnya…)

1-Kisah WaidaKmy dan Grafik Kadnya

2-Kisah WaidaKmy dan Monitor pula

Jumpa lagi!

-WK-