Skrin komputer tidak menyala

by on September 29, 2009
in Troubleshooting PC

Salam dan Apa khabar? :)

Ya. Blog ini masih hidup lagi. Saya terasa diperli pula oleh Safar.

Serasa berat sekali mahu merealitikan apa yang saya fikir, walaupun banyak sebenarnya yang terlintas di fikiran. Alangkah bahagianya hidup, kalau apa yang saya fikirkan, boleh terus menjadi tulisan di sini.

Masalah Komputer?

Sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang komputer saya tidak boleh dihidupkan. Walaupun lampu pada CPU menyala, skrin langsung gelap. Tiada apa-apa. Yang peliknya, seingat saya, hanya berlaku di waktu malam. Tapi, saya tahu, masalah ini wujud bukan berpunca dari monitor.

Kenapa?

Punca utama sebab bunyi. Lain bunyinya, jika komputer berjaya hidup dengan sempurna dan tidak. Ada bunyi kipasnya, dan bunyi entah apa. Untuk masuk ke Windows pun ada bunyi bukan? (Emm..lain komputer, lain bunyinya. Komputer saya komputer lama, jadi lebih sedikit bunyinya :P ) Jadi, bukan lampu sahaja penanda aras ada sesuatu tidak kena dengan komputer anda. Bunyi juga memainkan peranan.

Jadi, jika skrin komputer anda tidak menyala, cuba dengarkan bunyi komputer anda semasa dihidupkan. Adakah ia lain dari kebiasaan? Jika bunyinya normal, mungkin masalah terletak pada monitor anda.

Apa pendapat anda tentang teori saya ini? :)

Jumpa lagi!

-WK-

PS: Saya tulis artikel pendek dulu. Buat penggerak enjin berblog kembali :D