Masalah: Angkara Kuasa
by waidakmy on January 27, 2010
in Masalah Pembaca WK
Assalamualaikum Wbt. dan Apa khabar?
*Mengelap habuk-habuk digital di blog*
Untuk menjayakan salah satu misi luar biasa 2010, segala kudrat saya ditumpukan kepada menyiapkan manuskrip. Doakan saya berjaya! Amin. Supaya orang lain pun mendapat manfaat daripada emel Tuan Puan, saya akan jawab soalan Tuan Puan di blog. (Maklumkan kepada saya jika tidak mahu emel Tuan Puan disiarkan ya?)
Kali ini, saya ingin berkongsi salah satu emel pembaca, Tuan Salihin yang berjaya menemukan penyelesaian kepada masalah komputernya. Semoga Tuan Puan mendapat manfaat daripada cerita ini
————
Kisah Komputer Tuan Salihin
Emel pertama dari Tuan Salihin yang dikirimkan kepada saya. Sedikit diubahsuai bagi menyedapkan cerita. Heh.
Baru-baru ini, komputer saya yang sudah 6 tahun usianya tidak boleh dihidupkan. Apabila saya tekan butang ON pada komputer, yang kedengaran cuma bunyi kipas sahaja. Kemudian, saya cuba tekan butang RESET pula, dan tidak semena-mena keluar bunyi ‘beep’ yang panjang…
Saya menekan lagi butang RESET. Akhirnya, ia berjaya hingga ke paparan Welcome Screen Windows. Malangnya, ia keluar skrin putih sahaja selepas itu. Maka, saya pun terus tutup suis plug.
Masalah ini akan sentiasa terjadi, melainkan saya hidupkan dengan cara tertentu.
“Saya akan hidupkan suis di plug terlebih dulu dan biarkan selama 10 minit, sebelum hidupkan PC”
Apabila buat begini, baru komputer saya berjalan lancar. Andai kata, saya me’langgar’ langkah ini, komputer saya memang tidak dapat dihidupkan.
Baru-baru ini, penyakit’ yang sama juga berlaku kepada komputer adik saya, di mana komputernya tidak boleh dihidupkan selama 3 hari. Namun, usia komputernya baru 5 bulan, tidak seperti komputer saya. Selepas mengikuti tips yang saya berikan, komputernya berjaya dihidupkan.
Selepas kejadian itu, komputer adik saya tidak lagi bermasalah. Tidak seperti saya, saya masih perlu mengamalkan tips ini jika ingin membuka komputer.
————–
Sambungan Kisah Komputer Tuan Salihin
Emel kedua yang dikirim selang beberapa hari
Akhirnya, permasalahan ‘pelik’ komputer saya terjawab.
Rupa-rupanya, ‘Power Supply Unit’ (PSU) komputer saya rosak. Tiada bekalan kuasa langsung. Saya pun membawa CPU ke kedai komputer. Kemudian, gantikannya dengan PSU 450 Watt (jenama murah) yang baru. Bayaran beserta pemasangannya ialah RM45. Satu tahun jaminan. Setakat ini tiada masalah.
Murah betul harga PSU ini…
Untuk pengetahuan Cik Waida, komputer adik saya hanya mengalami masalah sekali sahaja. PSU nya juga dari jenama murah.
Jadi, pada pendapat saya, masalah tersebut mungkin berpunca dari komponen-komponen dalam PSU yang sudah tidak boleh berfungsi denan baik. Lebih-lebih PSU yang murah. Kalau yang sudah lama, mungkin akan kelihatan tanda-tanda PSU akan rosak.
Walaupun PSU rosak, saya tidak berani membukanya. Malah, pernah terbaca di Internet perbuatan membuka PSU adalah tidak berbaloi dan boleh terkena renjatan elektrik. Sebabnya, kapasitor di dalam PSU masih menyimpan cas elektrik walaupun dibiarkan seminggu.
————
Jumpa lagi!
Wassalam.
-WK-



