Nak beli laptop ke desktop?

by waidakmy on January 5, 2009
in Tips-Tips Komputer

Apa khabar? :)

Sudah 5 hari kita melangkah ke tahun baru, 2009. Sudah ada azam yang hendak dicapai pada tahun ini? Tak apa pun jika masih belum ada, bak kata Sabri, kita ada 3 tahun baru dalam masa terdekat ini. Tak sempat Tahun Baru Hijrah atau Tahun Baru Masihi, Tahun Baru Cina masih ada :D

Tahun baru ini, mungkin ada yang sudah bercita-cita nak membeli komputer. Tak kiralah, sama ada baru nak membeli, ataupun mahu mengganti komputer lama yang dah terlalu uzur.

Apa2pun sebabnya, sudahkah anda pertimbangkan komputer peribadi bagaimana yang mahu dibeli? Bukan jenama, tetapi adakah komputer itu..

Laptop atau Desktop?

Jika sudah tahu yang mana satu pilihan hati, baguslah. Jika belum, mungkin anda boleh tengok sebab2 kenapa orang memilih laptop atau desktop yang saya akan tulis di bawah ini :)

Kenapa Laptop?

Laptop pilihan hati?

Laptop pilihan hati?

Mobiliti

Antara sebab utama orang membeli laptop. Ia mudah dibawa ke mana2 sahaja. Tak seperti desktop yang agak sukar untuk dipindahkan, kerana komponen2nya yang besar dan banyak. Bayangkan, untuk memindahkan sebuah basic desktop, perkakasan minima yang perlu anda angkat adalah CPU, monitor, keyboard, mouse dan speaker. Itu belum dikira lagi jika kita ada perkakasan tambahan seperti printer, scanner dan lain2 lagi.

Selingan – Sebab2 tambahan kenapa orang membeli laptop

Mengikut survey yang saya buat, “kenapa memilih laptop atau desktop?”, ada 2 sebab yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama :) Menarik sebab saya tak terfikir pula sebab ni..

Nooraza memilih laptop sebab dia cepat boring buat kerja di tempat yang sama :)

HasnahDaud pula membeli laptop ketika dia duduk di tingkat 5 rumah flat. Mudah bagi dia untuk bawak naik hehe

Kata Putus – Laptop dipilih sebab mudah untuk dibawa ke mana2 TETAPI bergantung juga pada Berat dan Tempoh Ketahanan Bateri

Jika berat sangat, susah juga untuk angkut ke mana2 selalu

Jika bateri cepat sangat habis, laptop tidak boleh dibuka juga :) (melainkan anda pasang laptop di tempat yang ada punca elektrik)

Kenapa pula Desktop?

Atau desktop?
Atau desktop?

Tahan lasak

Bukanlah saya bermaksud jika anda ketuk komputer anda dengan tukul, ia takkan rosak. Apa yang saya maksudkan, komputer anda elok dan tidak tersangkut2* untuk kerja2 yang melibatkan penggunaan kapasiti RAM atau Processor yang banyak seperti editing gambar, animasi dan juga bermain game berkuasa tinggi.

*bergantung pada spesifikasi komputer

Pendek kata, desktop sesuai untuk mereka2 yang terlibat dengan kerja2 di atas. Selalunya pun, golongan ini akan buka komputer mereka seharian (ada juga sampai seminggu, tapi ini tak berapa digalakkanlah). Kerja2 multitasking juga mudah dilakukan jika menggunakan desktop.

Sebaliknya pula dengan laptop, kita mesti berlemah lembut dengannya, seperti rehatkan laptop selepas gunakkannya 3 ke 4 jam :D Kekerapan laptop untuk hang lebih tinggi jika digunakan untuk kerja2 seperti di atas.

Mudah upgrade, Mudah dibaiki

Antara sebab lain, kenapa orang lebih tertarik untuk membeli desktop adalah mudahnya untuk upgrade komponen2 dalam desktop pada masa depan. Mungkin selepas 2, 3 tahun desktop itu digunakan, anda mahu menambah kapasiti harddisk, ataupun menambah kapasiti RAM.

Selain mudah untuk upgrade, desktop juga lebih mudah dibaiki berbanding laptop, kerana komponen2 desktop antaranya motherboard, RAM atau harddisk senang dicabut dan dipasang semula pada komputer. Harga untuk membaiki sebuah desktop juga lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga membaiki sebuah laptop.

Harga

Dengan spesifikasi komputer yang sama, harga desktop akan jauh lebih murah berbanding laptop. Katakan anda mahu membeli sebuah komputer untuk tujuan bermain game, jadi anda perlukan komputer yang mempunyai grafik kad yang canggih, dan juga RAM dan Processor yang berkuasa tinggi.

Untuk tujuan gaming, harga sebuah laptop akan berada antara RM4000 ke RM10,000. Mahal bukan? Namun jika anda beralih ke desktop, tak mustahil untuk mendapat harga serendah RM2500*.

*untuk desktop yang dipasang sendiri

Selingan – Sebab tambahan kenapa orang memilih desktop untuk saya kongsi bersama anda

Desktop kurang menarik minat pencuri berbanding laptop :D

Kata Putus – orang membeli desktop kerana Tahan Lasak, Mudah Upgrade dan Mudah Dibaiki, dan Harga.

Jadi, sebelum memilih desktop atau laptop, pertimbangkanlah sebab yang paling utama buat anda, kerana desktop atau laptop masing2 ada keburukan dan kebaikannya.

PS: Terima kasih pada yang join survey saya di Forum WangCyber dan Twitter hari itu :)