Panduan Beli Komputer 101

by on October 11, 2009
in Asas Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

Bagaimana membeli komputer?

Satu soalan yang kerap diajukan kepada saya…

Jika dulu, saya akan sarankan 2 jenama yang saya ketahui bagus. Tetapi, kini tidak lagi, kerana memikirkan ‘bagus’ itu sesuatu yang subjektif. Bagus pada saya tidak semestinya bagus kepada tuan puan.

7 Pelan Tindakan Cara WK

Citarasa setiap kita pelbagai. Jadi, saya mengusulkan 7 Pelan Tindakan WK bagi memenuhi citarasa semua. Ini suatu pelan tindakan yang pasti memudahkan tuan puan membeli komputer.

Jom kita lihat apakah 7 pelan tindakan itu…

Pelan 1Tentukan stail penggunaan komputer

Adakah ini stail anda?

Adakah ini stail anda?

Sumber gambar: Flickr (Lynmar)

Setiap daripada kita ada stail penggunaan komputer yang berbeza-beza. Secara umumnya, stail itu boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu “Mini yang Mudah“, “Gempak yang Canggih” dan “Mobile yang Sibuk“.

Dapatkan penerangan lanjut 3 jenis stail di atas di sini.

Pelan 2Adakah tuan puan perlukan desktop atau laptop?

Atau desktop?

Atau desktop?

Ada 2 jenis komputer peribadi, iaitu desktop dan laptop. Masing-masing ada kelebihannya tersendiri seperti yang diulas di sini. Saya secara peribadi lebih menggemari desktop.

Pelan 3Tuan puan ingin membeli laptop atau netbook?

Abaikan pelan 3 ini jika tuan puan memilih desktop.

Netbook

Netbook

Pernah dengar tentang netbook? Tuan puan boleh pertimbangkan untuk membeli netbook jika pentingkan mobiliti. Netbook adalah laptop versi mini yang sangat bergantung kepada Internet.

Lihat perbezaan netbook dan laptop (atau notebook) di sini.

Pelan 4Tetapkan kriteria atau fokus utama pembelian

Berdasarkan pelan tindakan 1 sehingga 4, tetapkan kriteria yang diinginkan. Bahagikan kriteria mengikut keutamaan seperti ‘utama’ dan ‘bukan utama’. Boleh juga mengikut stail penggunaan komputer seperti yang telah saya buat untuk jadual di bawah.

Jadual Kriteria

Jadual Kriteria

Fokus utama yang ditulis hanya sebagai panduan. Masih boleh diubahsuai mengikut keperluan. Contohnya, Mia Sara seorang ‘Mini’, tetapi suka bermain ‘Tomb Raider’ sekali sekala, maka Mia Sara harus masukkan kad grafik sebagai salah satu fokus utama.

Perlu diingat apabila semakin banyak komponen atau kriteria yang menjadi fokus utama, semakin mahal sesebuah komputer :) Oleh itu, seimbangkan mana yang perlu dan mana yang tidak.

Pelan 5Tahu apa yang ada di pasaran

Mulakan survey di pasaran mengikut apa yang telah diputuskan dalam Pelan 2 (atau 3). Jika berminat dengan desktop, tumpukan carian pada desktop. Untuk lebih mudah, mulakan survey di Internet. Seperti di forum lowyat.net, ada bahagian khas untuk harga komputer. Kumpulkan pakej komputer yang telah dicari, terutama spesifikasi dan harganya.

Pelan 6Senarai pendek spesifikasi komputer mengikut kriteria

Untuk melakukan pelan ini, amat penting memahami spesifikasi komputer. Jadi, download ‘handbook’ Siri WK bagaimana memahami spesifikasi komputer. Setelah itu, senarai pendek pakej komputer yang ada mengikut kriteria yang ditetapkan dalam pelan 4 tadi. Cukup dengan 2 ke 3 pakej sahaja sebagai asas untuk mula membeli di kedai.

Pelan 7Mula membeli di kedai!

Carilah kedai yang diyakini reputasinya. Paling mudah, pastikan kedai itu wujud dan mudah dicari. Andai ingin membeli komputer di tapak pameran, pastikan alamat kedai yang diberi wujud. Jika tidak, berputih mata sahajalah ketika ingin menuntut waranti.

Di kedai, mulakan dengan mencari pakej komputer yang seakan-akan sama dengan yang telah senarai pendekkan tadi. Kemudian, jika mahu, cuba tawar-menawar dengan pekedai. Tambah apa yang diiinginkan seperti menambah RAM, upgrade Windows, atau minta aksesori tambahan (seorang rakan saya suka lakukannya :) )

Jika kapasiti harddisk besar, boleh minta juga pada mereka untuk buatkan partition siap-siap. Oh ya, walaupun harga pasti bertambah jika menambah RAM atau upgrade Windows, tetapi ia lebih murah daripada membeli berasingan.

Pendek kata, gunakan skil tawar menawar tuan puan mengikut kreativiti…

Itulah 7 Pelan Tindakan Beli Komputer Cara WK…

Dengan mengikuti 7 Pelan WK di atas, saya tidak menjamin tuan puan akan mendapat komputer yang ‘error-free’. Malah komputer yang ‘error-free’ adalah satu mitos semata-mata. Sehebat manapun komputer itu, ia pasti rosak juga akhirnya, cuma cepat atau lambat sahaja.

Komputer juga suatu benda yang ‘memakan’ duit. Bukan sahaja di awal pembelian, malah sepanjang menggunakannya, iaitu kos membaikinya jika rosak. Bayangkan, sepanjang 9 tahun desktop saya beroperasi, sudah hampir 3 ke 5 ribu yang saya belanjakan untuknya.

Jika ingin kurangkan perbelanjaan, maka belajarlah menggunakannya dengan betul. Dan guna desktop! (Kos membaiki desktop lebih murah :) )

Jumpa lagi!

-WK-

Saya tidak menjamin tuan puan akan mendapat komputer yang ‘error-free’. Malah komputer yang ‘error-free’ adalah satu mitos semata-mata. Sehebat manapun komputer itu, ia pasti rosak juga akhirnya, cuma cepat atau lambat sahaja.

Komputer juga suatu benda yang ‘memakan’ duit. Bukan sahaja di awal pembelian, malah sepanjang menggunakannya, iaitu kos membaikinya jika rosak. Bayangkan, sepanjang 9 tahun desktop saya beroperasi, sudah hampir 3 ke 5 ribu yang saya belanjakan untuknya.

Yang pastinya, ia akan memudahkan tuan puan membeli komputer yang sesuai dengan tuan puan. Malah, komputer yang