Apa converter avi kepada DVD yang bagus?
by waidakmy on August 16, 2009
in Asas Komputer
Salam dan Apa khabar?
Saya pernah berkongsi dengan anda, tutorial bagaimana copy DVD ke DVD lain sebelum ini. Ia memang mudah dilakukan dengan perisian Nero.
Namun, Shahrul ada bertanya saya,
Jika dari .avi kepada format DVD bagaimana pula?
Saya tiada pengalaman dalam hal ini, melainkan jika convert .avi kepada format CD player (DVD burner itu baru lagi, berbanding CD writer
)
Jadi, saya ingin bertanya pada rakan-rakan semua,
Apakah converter yang bagus untuk tukar .avi kepada format DVD?
Saya pasti rakan-rakan saya ini bijak belaka
Boleh bukan kita tolong rakan kita?
Jika ada, apa kata anda kongsikan di ruang komen di bawah?
-WK-
PS: Komputer saya tidak boleh ‘on’. Mujur ada komputer lain di rumah. Nanti saya akan kongsikan apa yang terjadi pada komputer saya apabila elok nanti.



