Program Penting Yang Harus Ada
by waidakmy on November 18, 2009
in Asas Komputer
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Dalam artikel lepas, saya mengulas apa program yang wajib ada dalam komputer. Kali ini, mari kita ulas pula program tambah nilai yang boleh dipasang dalam komputer. Iaitu, yang termasuk dalam tahap 2 (penting).
Program Tahap 2 Atau 3?
Perkara ini sangat subjektif. Jadi, mana-mana program yang tidak masuk dalam tahap 2, masuk dalam tahap 3 lah ya? Saya rasa, ramai yang faham, fail apa yang saya maksudkan
Apa lagi yang memenuhkan komputer kita kalau bukan game dan filem. Tetapi, okay juga, kerana bila kita ingin kosongkan harddisk, ‘attack’ saja fail tahap 3 ini dulu. Lebih mudah…
Untuk memudahkan pemahaman, saya ulas mengikut stail penggunaan yang major, “Mini yang Mudah” (baca penerangan di sini). Namun, ia tetap boleh diubahsuai mengikut apa yang anda rasakan penting.
Tahap 2 (Penting)
Program yang dirasakan penting, dan menjawab apa tujuan kita membeli komputer.
a) Program Keperluan Pejabat
Ramai yang membeli komputer kerana inginkan fungsi ini. Dengan kata lain, ini adalah program yang membolehkan anda menulis, membuat jadual & carta alir, membuat ‘presentation pack’ dan pelbagai fungsi pejabat lain. Yang sangat popular adalah program Microsoft Office. Namun, ada juga perisian sumber terbuka (open source) yang percuma seperti Open Office. Kadang-kadang, tidak diberi sekali ketika membeli komputer (bergantung kepada pakej).
b) Program Pembaca Format
Program untuk membaca format fail seperti gambar (jpg, gif, png, tiff), filem (avi, mov, wmv), lagu (mp3, wma), archive (zip, rar), PDF dan lain-lain lagi. Ia jadi penting bila kita ingin buka fail itu. Apatah lagi, jika ingin work on it! Kebanyakannya percuma. Cuma perlu dimuat turun dari Internet.Yang berbayar biasanya ada fungsi tambahan seperti mengedit.
c) Program Editor
Berlainan dengan di atas, program jenis ini boleh membaca, dan dalam masa yang sama, boleh mengedit format fail itu. Lebih menarik, ada yang beri kita menambah pelbagai efek khas. Antaranya, program gambar popular, Adobe Photoshop. Jika untuk bunyi, antaranya SoundForge. Harganya pun boleh tahan mahal…
(Eh, jangan kata saya suruh beli program di atas. Jika setakat edit biasa-biasa, pakai yang percuma sudahlah. Seperti GIMP atau Photo! Editor. Katakan Ya kepada perisian sumber terbuka!)
d) Program Berkaitan Internet
Tiada saja program kategori ini dalam komputer, ramai yang akan mengeluh rasanya. Apa saja yang berkaitan Internet, termasuk dalam kategori ini. Antaranya browser (Firefox, Opera, G. Chrome, IE), program FTP untuk mengurus fail-fail di hosting (FileZilla), dan tidak lupa juga program Chat. Jarang sungguh saya lihat komputer yang tiada Yahoo Messenger, Skype, Google Talk, dan macam-macam lagi
Seperti biasa,
Ruang Tanya Pembaca
“Ada lagi kategori program komputer tuan/puan rasa penting?”
Jumpa lagi!
-WK-



