Rutin selenggara laptop?
by waidakmy on February 22, 2008
in Penyelenggaraan PC
Salam mesra semua!

Flickr: Wee Cute Treasures
Buat apa hujung minggu ni? Tak ada kenduri kahwin yang perlu anda pergi? Lately ni, saya banyak dapat jemputan pergi kenduri kahwin. Yang malangnya, kalau jatuh pada hari yang sama, tapi tempat yang sangat2 berbeza antara duanya. Kasihan pada pengantin la kan?
Bersih Habuk Di Laptop
Lanjutan dari artikel sebelum ni, tentang rutin maintenance PC saya, (boleh baca di sini), ada yang bertanya, bagaimana pula dengan laptop? Sama saja langkah-langkah yang boleh anda buat, cuma yang berbezanya, tak perlu lah anda buka casing tu kan? Void pula warranty anda nanti, kalau masih ada lagi la hehe.
Tahu tak anda, di pasaran ada vakum khas untuk sedut habuk2 di laptop? Kat rumah saya ada satu, jadi nak sedut habuk pada keyboard senang dan mudah la. Lagipun, kan mudah alih, senang nak bawa ke mana2. Saya guna untuk sedut keyboard saja, sebab saya pakai PC hehe.
Sumber gambar dari site ni
Yang saya ada bukan seperti di atas la, sebab yang ni gunakan kuasa USB. Hanya cucuk ke ruang USB dan anda boleh guna. Yang kami ada, gunakan 2 biji bateri bersaiz gemuk (saiz lupa haha, tapi sama macam bateri pada lampu suluh). Tapi, jangan la pula anda bandingkan vakum kecil ni dengan vakum rumah anda. Masing2 kuasa elektriknya jauh berbeza
.
Jaga PC anda sebelum sakit
by waidakmy on February 20, 2008
in Penyelenggaraan PC
Salam pembaca2 Wanita & Komputer
,
Lama saya tak tulis tentang penyelenggaraan PC kan? Baiklah, kali ni saya akan ceritakan rutin maintenance yang saya buat, 1 atau 2 bulan sekali. Tengok pada kelapangan saya lah, takpun bila dah terasa PC tu dah slow semacam je hehe

Flickr: JwlPhotography
1 – Bersihkan luar dalam
Sebelum on PC, vakum habuk2 di sekeliling PC (keyboard, mouse, CPU, termasuklah wayar2 kabel tu sekali). Monitor tu saya lap dengan tisu lembut. Kalau nak lagi bagus, boleh la beli cecair pencuci monitor. Tapi, jangan tanya apa yang bagus, sebab saya tak pernah guna hehe. Oh ya, casing CPU tu saya buka juga, vakum di dalamnya. Apa yang termampu saja lah, takut nak vakum lebih2, nanti benda lain pula yang tersedut ngeh3
2 – Update Antivirus
Dah on PC, pastikan program antivirus dan anti-spyware dah update. Kemudian putuskan sambungan Internet, mulakan proses scan virus dan spyware. Boleh rujuk di sini, program apa saya pakai untuk PC saya.
3 – Buang Temporary File, Baiki dan Susun Registry
Dah habis proses scan, saya akan run program XXX saya. (Tak boleh sebut, bahaya, sebab ni p***** hehe.) Program ni akan buang semua temporary fail, baiki registry dan susun kembali registry PC saya. Boleh cari di Download.com, program2 sebegini hehe, ada yang percuma, cuma setakat ni, saya tak jumpa yang best lagi la hehe
*update 8 May 2009 – saya dah beralih kepada program baru, iaitu CCleaner yang lebih senang digunakan dan free pula tu
4 – Scan Disk semua drive
Proses Scan Disk pulak untuk semua Drive. Untuk lebih info dan nak tahu bagaimana, boleh baca di sini.
5 – Defrag Hardisk
Dah habis buat Scan Disk, sambung pulak dengan proses Defragment. Ada juga saya sebut dengan lebih terperinci di sini. Saya buat langkah 4, sebelum langkah 5 ni, sebab saya rasa proses Defragment ni jadi lebih cepat, tak adalah asyik ulang semula je. Ni ikut pengalaman saya lah.
6 – ‘Spring Cleaning’ Komputer
Dah habis semua ni, saya kemas PC, buang mana2 program tak patut, masukkan fail di tempat yang sepatutnya. Kira tersusun sikit lah, senang nak cari kemudian nanti
Seingat saya, setakat itu saja lah. Nanti kalau ada, saya tambah lagi, hehe. Rutin ni memakan separuh hari juga. Jadi, selalunya saya on PC awal2 pagi, jadi akan habis awal lah hehe. Selepas makan tengah hari, dah boleh guna PC.
Kalau suka, praktikkan la ia sebagai rutin bulanan maintenance PC anda .. Cegah sebelum parah..cewah



