Misi 2010 WK

by waidakmy on December 25, 2009
in Coretan WK

Assalamualaikum Wbt. dan Apa khabar? :)

Tahun 2009 hanya berbaki 5 hari lagi. Awal Muharam sudah pun menjelang 1 minggu yang lalu. Bagaimana dengan perancangan 2009? Adakah seratus peratus tercapai?

Merenung kembali matlamat 2009 saya pada Disember 2008 yang lalu, boleh dikatakan hanya suku tercapai. Tetapi, saya percaya apa yang berlaku tahun ini semuanya menuju ke arah yang satu. Cuma, saya yang belum berupaya menyambung titik-titiknya lagi. Sememangnya, hanya Allah jua Maha Mengetahui.

Aktiviti Sepanjang 2009

Boleh saya katakan, pelbagai perkara sudah berlaku dalam tahun ini. Saya namakan tahun ini tahun pembelajaran, tahun mengenal diri (refleksi), dan tahun perubahan. Insya Allah, tahun ini juga pemacu ke arah kejayaan yang lebih cemerlang untuk 2010. Bak kata salah seorang mentor, Tuan Shamsuddin Kadir,

Apabila kita memilih untuk tidak menjadi biasa, kita sebenarnya menukarkan diri kita dari memikir dan hidup cara biasa menjadi luarbiasa. Banyak gaya hidup kita dilihat sebagai luarbiasa, kerana kita tidak melakukan perkara yang biasa.

Tahun Pembelajaran

Tahun ini, tahun yang paling banyak saya sertai kursus. Ada berbayar, ada yang percuma. Namun, yang paling memberi inspirasi dan berkesan dalam hati adalah yang percuma dan paling minima kosnya. Saya tahu kini, yang penting adalah bukan pada harga, tetapi pengisiannya.

Kursus – kursus ini juga menemukan saya dengan orang-orang yang hebat. Puan Ainon dengan perjuangannya memandaikan bangsa. Tuan SK dengan perjuangannya membela dilema muslim. Tuan Zamri dengan brandentitinya. Tuan Haeqal dengan kegilaan membaca buku. Tuan Rohaizad dengan kesetiaannya pada blogging. Tuan Zulfadli dengan minat barunya pada nasi ayam penyet ( :D ) Juga kenalan-kenalan baru (terutamanya di FB) yang tidak mampu saya sebutkan kesemuanya di sini :)

Tahun ini tidak semuanya cerah. Pembelajaran paling besar juga datangnya dari kegagalan. Gagalnya saya dan tim Majalah IM mengekalkan penerbitan Majalah IM dalam bentuk PDF, memberi seribu satu pengalaman dan pelajaran. Namun, ia tidak akan terhenti di situ. Insya Allah, kami akan kembali! Maka, teruskan setia mengikuti kami di MajalahIM.com.

Tahun Refleksi Diri dan Perubahan

Jujurnya, saya letih dengan fenomena yang melanda Internet Marketer Malaysia. Seperti yang sering dibincangkan bersama dengan kenalan rapat, Internet Marketer bukan sekadar menjual ebook atau affiliate. Maka, saya senang sekali untuk mengurangkan aktiviti di forum terkenal IM Malaysia.

Bukan tidak lagi berminat dengan bidang IM, tetapi saya lebih suka jika dapat menggunakan konsep IM itu untuk perkara yang benar-benar membantu orang ramai. Bukan sekadar menghabiskan wang mereka, tetapi sesuatu yang memberi nilai tambah.

Refleksi diri juga mengingatkan saya kembali pada apa yang benar-benar saya minat. Iaitu, membaca dan menulis. Hatta, perkara pertama yang saya buat di Internet ini pun blogging di WaidaKmy.com. Justeru, tahun 2010, saya akan fokus pada aktiviti-aktiviti sebegini.

Aktiviti Sepanjang 2010

1-Penulisan Buku Komputer

Proposal sudah pun dihantar. Kursus sudah pun saya datang selalu. Aura penulisan pun sudah diperbaharui selalu. Yang tinggal, cuma manuskripnya sahaja. Doakan saya berjaya menyiapkannya. Amin. Saya juga memerlukan maklumat dari Tuan Puan tentang pengisian buku ini. Insya Allah, akan disusuli dalam entri 2010 nanti.

2-Perkembangan WaidaKmy.com

Alhamdulillah, WaidaKmy.com semakin berkembang walaupun sedikit demi sedikit. Saya senang sekali biar ia tidak berkembang menjadi terlalu mendadak. Biar kecil, tetapi berkesan. Yang penting, maklumat di dalamnya sampai kepada golongan sasaran dan berjaya menjadi ejen pengubah.

3-Penjenamaan Semula GrafikMaya.com

Tiada lagi servis minisite oleh GrafikMaya. Kini, servis utama GrafikMaya adalah rekaan header. Menyokong servis utama ini, saya juga menyediakan khidmat memasang blog WordPress di domain, dan customization tema WordPress. Customization tema di Blogger juga disediakan.

4-Kelahiran Secret Story – Seronok & Santai

Satu program gaya baru di antara training dan penerapan skil. Membuat peserta menjadi Leader, bukan Follower. Pembongkaran rahsia mampu membuatkan peserta mencerna idea-idea baru untuk diterapkan dalam kehidupan seharian Insya Allah.

5-Memeriahkan sudut kolumnis di 1SuperKids.com

Ini bakal menjadi medan saya mengasah skil penulisan dari non-fiksyen kepada fiksyen. Ia masih membawa tema yang sama, iaitu komputer. Semoga inovasi ini mampu membuatkan tema komputer lebih diterima ramai. Amin.

Projek-projek yang saya terlibat secara tidak langsung

6-Misi Kami Baca

Projek bersama Cik Puan Becky untuk memberi satu dimensi baru kepada dunia buku. Dengan tagline, “Buku Itu Seronok”, ulasan-ulasan buku berbentuk video atau cerita-cerita sekitar dunia buku akan dipaparkan di halaman utama Kami Baca, iaitu di FaceBook (FB). Cari kami di www.facebook.com/kamibaca

7-NiagaKit – Shopping Cart Cara Malaysia

Saya suka sekali untuk mengatakan NiagaKit, shopping cart dari orang Malaysia, khusus untuk orang Malaysia. Satu shopping cart cara mudah yang dibina oleh team Flarebiz.

8-Majalah IM -A True ComeBack

Insya Allah, jika tiada aral. Majalah IM akan kembali dalam bentuk PDF semula. Malah, mungkin lebih dari itu. Segalanya masih dalam bentuk perbincangan. Sementara itu, ikuti tip-tip Internet Marketing dari MajalahIM.com :)

Semoga projek-projek ini membawa Tuan Puan dan saya ke suatu dimensi baru. Kita semua sememangnya berupaya menjadi seseorang yang luar biasa dengan acuan kita tersendiri, Insya Allah.

Jumpa lagi di tahun 2010!

Wassalam

-WK-

Apa kaitan Dracula 3, Palestin dan MajalahIM?

by waidakmy on January 13, 2009
in Coretan WK

Update 14/1/09: Tambah gambar untuk menyerikan lagi post ini..

Apa khabar semua? :)

Macam mana cuti hujung minggu lepas?  Sibuk?

Saya sibuk juga, tapi sibuk bermain Dracula 3, The Path of the Dragon :D Seharian Ahad tu saya melepas geram bermain game genre RPG (Role Playing Game) Adventure. Ya lah, dah lama juga saya tak teruskan kegilaan bermain game sebegini sejak bekerja, lebih2 lagi bila terlibat dengan tugasan dunia online (update blog dan kerja2 MajalahIM). Kalau dulu, pantang saja cuti semester, saya pasti akan cari game2 RPG Adventure untuk dimain. Saya mula minat dengan genre ni setelah bermain Syberia 1 dan 2 secara tak sengaja.

Ralit bermain Dracula 3

copyrighter_dracula-d3_ville_02copyrighter_dracula-d3_chateau_01Dalam game bergenre Role Playing Game (RPG) ni, anda akan memegang satu watak utama dalam game tu,  ala2 berlakon lah juga (Role Playing bukan?). RPG yang berkonsepkan Adventure macam Dracula 3, ia akan ada satu cerita di mana anda menjadi watak utamanya. Kemudian, anda perlu menyelesaikan masalah, tugasan dan macam2 lagi untuk melengkapkan cerita atau pengembaraan tadi. Masalah2 atau tugasan2 tu mungkin berbentuk pencarian barang, menyelesaikan puzzle dan macam2 lagi. Puzzle2 yang ada dalam sesuatu game tu ada yang susah, ada juga yang senang. Kadang2, saya pun tak dapat nak selesaikan masalah yang ada, jadi terpaksa lah minta bantuan talian hayat :P iaitu walkthrough atau hint (saya suka guna UHS).

Kebaikan bermain game

Mungkin ada yang rasa bermain game ini membazir aja hehe. Kalau anda nak tahu, ada juga kebaikan bermain game sebegini. Bila anda menyelesaikan puzzle, anda dah pun memaksa otak anda berfikir. Otak kena diasah juga sekali sekala, bukan badan saja. Kalau tidak, mudah kena Alzheimer/nyanyuk nanti. Game pun boleh menyebabkan tindak balas anda cepat. Cuba anda bayangkan anda bermain DinerDash contohnya, tentu mata anda kena sentiasa alert dengan kehadiran pelanggan :D Kalau tidak, kalah tu. Yang penting, kita pandai2 bahagikan masa untuk bermain, dan tak abaikan tanggungjawab.

Belajar sejarah Transylvania

Oh ya, game Dracula 3 ni pun dah membuatkan saya mencari dan membaca sejarah Transylvania (Dracula 3 berlokasikan Transylvania dan berkisar tentang vampire). Selepas bermain, saya jadi curious mana sebenarnya Transylvania ini. Kalau anda nak tahu, Dracula itu pada asalnya bukanlah makhluk pemakan darah atau vampire. Ia sebenarnya gelaran seorang putera raja, iaitu Vlad Tepes di Vladoviste, Transylvania. Dracula bermaksud naga (bahasa kuno Romania) atau evil (bahasa moden Romania).

copyrighter_dracula-d3_cagecopyrighter_dracula-d3_budapest_01

Malangnya, game ini agak ke-kristian-an sikit. Itu saja yang saya kurang gemar. Cuba bayangkan, jika ada game yang ceritanya berunsurkan Islam, mungkin game pengembaraan Ibn Battutta? Mungkin salah kefahaman tentang Islam dapat dikurangkan. Mungkin tidaklah berlaku episod2 keganasan ke atas Islam.

Kisah Sedih Palestin

Jujurnya, saya tidak berapa faham tentang isu Palestin-Israel sebelum ini. Saya selalu membaca kisah Palestin ini, tetapi saya tidak faham secara keseluruhannya. Malah, saya rasa pelik dan sedih kenapa sesama bangsa Palestin dan Islam pun masih boleh bergaduh. Sehinggalah, pada krisis Palestin yang paling teruk kini, ada seseorang yang telah menulis apa sebenarnya yang terjadi dari dulu dan menyebabkan krisis Palestin-Israel ini.

Jadi, tanggungjawab saya pula untuk menyebarkan kepada anda semua, apa yang kita boleh buat adalah

-> Menyumbang dana

Jika malas bersusah payah, login ke Internet Banking akaun Maybank anda, dan klik ‘Accounts & Banking’. Kemudian klik ‘Bill Payment’, disusuli dengan ‘Make a One-Off Payment’. Diikuti dengan ‘View All payees by Category’. Pilih ‘Zakat & Charity’ dan pilihlah untuk menyumbang kepada ‘NSTP Fund for Gaza’ atau ‘Mercy Malaysia’.

-> Boikot produk Israel setakat yang termampu (janganlah sampai buang handphone Nokia anda pula)

-> Menyebarkan kepada kawan2 tentang isu Palestin di Gaza ini

-> Berdoa

-> Membetulkan diri (baca sebabnya di sini)

-> Berniaga

Haa? Kenapa perlu berniaga? Bak kata Alang, nak memboikot, kita perlulah ada alternatif kepada barang yang diboikot tu. Jadi, berniagalah dan isilah ruang2 yang selama ini dimonopoli oleh orang lain. Sukar berniaga secara normal (offline), mulakan dengan cara online atau Internet dulu :)

MajalahIM – Sumber utama Informasi Perniagaan Internet

Nak berniaga ada ilmu2 yang perlu kita fahami dan kuasai terlebih dulu. Jadi, MajalahIM yang disebarkan secara percuma ini boleh membantu anda faham apa sebenarnya Perniagaan Internet tu. Ia bukanlah skim cepat kaya, yang selalu disinonimkan dengan Perniagaan Internet. Saya pun dah muak, orang Malaysia ni tak serik2 dengan skim cepat kaya. Walaupun namanya berubah, konsepnya masih sama.

Isu Jan 09 – Hartanah Online

Berbalik kepada MajalahIM, isu terbaru ini bercerita tentang bagaimana menjual beli domain atau lebih dikenali sebagai website flipping. Watak utama isu Jan 09 yang krew2 MajalahIM telah interview pun, bukan calang2 orang juga, iaitu Bob yang telah menjual website BlogOhBlog.com dengan harga USD 20,000.

Apa kata download dan baca MajalahIM?

Jika tertarik dengan kandungannya, apa kata masuk pertandingan review MajalahIM isu Januari 2009 ini?

PS: 3 point dalam 1 post :D Boleh ya Mal? hehe

PSS: Post berkaitan komputer terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada post ini. Idea dah ada, cuma belum tertulis lagi. Maaf ya hehe. Insya Allah saya akan update 3 atau 4 hari lagi.

PSSS: Kalau ada salah eja, maafkan la saya, kepenatan dan mengantuk..786 patah perkataan tu..