Kisah Kirana berkongsi Streamyx
Apa khabar semua?
Maaf sebab terlambat update blog kali ini. Saya tak perasan pula dah 8 hari berlalu dari entri lepas. Sekejap je masa berlalu kan?
Seperti kata Smartzul pada entri lepas, dia mahu WiFi kan WiMax (gambar ada di sini) nya..jadi saya terfikir untuk menulis tentang LAN dan WiFi
Apa itu LAN dan WiFi?
LAN adalah Local Area Network atau Rangkaian Kawasan Setempat. WiFi pula adalah Wireless Fidelity, satu teknologi akses Internet tanpa wayar. Okay, abaikan makna kedua-dua ini jika ia memeningkan anda. Jom kita lihat cerita di bawah, satu analogi mudah untuk menerangkan konsep LAN dan WiFi ini…
Al kisahnya begini..
Kirana menyewa dengan 4 orang kawannya di sebuah rumah teres 2 tingkat di Ampang. Kesemua kawan-kawannya termasuklah dia, ada sebuah komputer.
Pada suatu hari yang indah permai, tiba2 dia terfikir untuk memasang sambungan Internet di rumah sewa mereka. Maklumlah, ada Internet nanti, bolehlah berYM selalu dengan kawan special, tidakpun update Facebook. Setelah dipromosi Kirana, semua pun bersetujulah untuk melanggan Streamyx (WiMax pun boleh juga..) dan bayarannya juga dikongsi bersama.
Maka, keesokan harinya, dengan penuh semangat untuk berYM, Kirana pun ke TM untuk register Streamyx. Setel saja proses register, pulanglah dia ke rumah dengan gembiranya. Malangnya, sampai saja di rumah, Kirana tersedar sesuatu..
“Macam mana plak nak kongsi Streamyx ni? “
Bagaimana Kirana nak selesaikan masalah ini?
Untuk membolehkan Kirana dan kawan2 nya berkongsi Streamyx, Kirana perlu menghubungkan semua komputer dalam satu rangkaian (network). Memandangkan rangkaian ini cuma dalam sebuah rumah, jadi ia dipanggil “Local Area Network” atau LAN.
“Lega..setel satu masalah. Tapi kan, desktop aku kat bilik. PC orang lain pun kat bilik masing2. Rozana tak apalah, ada laptop. Bole lah nak bawak turun dekat ngan telefon tu. Takkan aku nak angkut plak desktop aku ke bawah? Huu..leceh2..”, terfikir Kirana dalam hati..
Disebabkan semua komputer itu bukan berdekatan, di mana penggunaan kabel tidak berapa praktikal, jadi Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya, supaya semua pun boleh akses ke Internet…
Inilah kegunaan WiFi, supaya akses ke Internet dapat dilakukan tanpa wayar. Moga anda dapat konsep WiFi dan LAN dari kisah Kirana ini
Yang suka bercerita,
-WK-
PS: Tunggu kisah sambungan Kisah Kirana ini pada entri akan datang, iaitu bagaimana nak merealitikan konsep WiFi kan Streamyx ini..
PSS: Pengguna Streamyx, jika anda rasa slow sangat nak buka blog ini, atau website2 lain..tengok di sini cara nak lajukan Streamyx anda..


