Tips 9 – install microsoft equation dalam word

by waidakmy on January 1, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam pembaca semua :)

Ada orang yang bertanya, macam mana nak masukkan equation dalam Word?

Sebelum itu, untuk pengetahuan ramai, lebih baik saya terangkan. Ada satu program, iaitu Microsoft Equation yang dicipta untuk masukkan formula2 matematik ke dalam Microsoft Office. Memang mudah sangat, hanya pilih saja mana2 formula yang kita kehendaki.

Ok, kita teruskan dengan Langkah2 untuk install microsoft equation 3.0.

(Nota – Jika sudah install Microsoft Equation, skrol terus ke bawah untuk baca langkah2 guna microsoft equation dalam word.)

Pastikan bersama2 anda, CD Installer Microsoft Office yang anda guna dulu untuk install Microsoft Word. (ATAU, sekiranya anda install dari folder di network, pastikan ada dapat akses ke folder tersebut semasa proses ini berjalan)

1. Tutup semua program untuk mula install.

2. Klik “Start” dan pilih “Settings“. Kemudian, pilih ” Control Panel“. (Atau, Klik “Start” dan klik terus “Control Panel“).

3. Buka “Add/Remove Program“.

4. Dalam senarai “Currently Installed Program“, cari “Microsoft Office” atau “Microsoft Word“.

5. Klik program “Microsoft Office” atau “Microsoft Word” tersebut.

6. Di hujung, anda akan jumpa butang “Change” dan “Remove“. Klik butang “Change“.

7. Satu menu Setup akan keluar di skrin. Pilih “Add /remove features” dan tekan butang “Next“.

8. Pastikan ada tanda ( / ) pada Microsoft Word.

9. Tanda ( / ) “Advanced customization of applications” sebelum tekan butang “Next“.

10. Skrol ke bawah dan cari “office tools“. Klik (+) di sebelah “office tools” untuk expand “office tools“.

11. Skrol ke bawah dan cari “equation editor“. (Sekiranya bertanda (X), sahlah anda belum install lagi program ini)

12. Klik anak panah kecil di sebelah (X) tu dan pilih “Run from my computer“.

13. Tekan butang “update” dan proses update akan bermula.

Nota – Sekiranya, semasa proses update, ada arahan meminta CD dimasukkan. Sila masukkan CD Microsoft Office anda dan pilih CD drive yang betul dan tekan butang “OK”. ATAU, cari “Shared Folder yang ada installer Microsoft Office” sekiranya anda install Microsoft Office dari network.

Selesai langkah2 di atas. Sambung pula dengan Langkah2 untuk masukkan equation dalam Word.

1. Buka program Microsoft Word

2. Klik tab “Insert ” dan pilih “Object“. Satu menu akan keluar di skrin.

3. Di bawah tab “Create New“, skrol ke bawah dan cari Microsoft Equation 3.0. Klik butang “ok“.

4. Jika anda sudah lakukan langkah2 di atas, satu kotak beserta satu menu yang terkandung2 formula matematik akan muncul di dalam Word.

Tahniah!! Anda dah berjaya masukkan equation dalam Word.

PS: Ada apa2 masalah, tinggalkan saja komen anda. Saya akan cuba membantu :D